Harimau Malaya 'B' pun kuat juga

Harimau Malaya ‘B’ pun kuat juga

PEMAIN Malaysia memberi penghormatan kepada penyokong yang hadir di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kelmarin selepas perlawanan menentang Maldives. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Darren Lok mengakui, ketiadaan ramai tonggak menjadikan skuad kali ini sedikit berbeza, namun daripada segi kekuatan Harimau Malaya tetap pasukan mantap untuk menghadapi Piala AFF.

Bekas penyerang Petaling Jaya City itu menegaskan, semua muka baharu yang dibawa masuk Kim Pan Gon membuktikan mereka layak menyarung jersi kebangsaan dengan menampilkan aksi cemerlang dalam dua aksi persahabatan.

Selepas membenam Kemboja 4-0, Jumaat lalu kelmarin anak-anak buah Pan Gon menumpaskan Maldives 3-0.

“Sudah tentu ada perbezaan antara pasukan kali ini dengan yang dulu tetapi saya tak rasa kami lebih lemah atau kuat daripada sebelum ini.

“Kami ada barisan yang kuat, semua pemain menunjukkan permainan baik dan saya rasa dua aksi persahabatan menunjukkan kekuatan pasukan,” katanya yang meledak gol pembukaan ketika menumpaskan Maldives.

DARREN Lok (kiri) meraikan jaringannya bersama Safawi Rasid (tengah) dan Faisal Halim ketika menentang Maldives kelmarin.  – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

Sementara itu, pemain sayap lincah, Faisal Halim berkata, pemain baharu yang diserap membuktikan pemilihan mereka tepat dan mampu menggalas tugas di peringkat tinggi.

Mereka juga dapat mengikuti taktikal jurulatih selepas de­ngan cepat selepas membantu Malaysia mencatatkan dua kemenangan dalam aksi persahabatan kelas ‘A’.

“Semua yang ada dalam ­pasukan ini adalah pemain yang baik.

“Tidak kira dari kelab mana mereka datang, kami perlu mengenepikan sentimen kelab kerana negara sekarang menjadi nombor satu.

“Mereka juga bekerja keras dan berjaya membuktikan mereka layak berada di dalam skuad. Itu yang saya puji pada rakan-rakan saya kerana mereka ambil cabaran ini untuk majukan karier mereka.

“Saya yakin dengan skuad ini dan kita berharap untuk pergi ke tahap yang lebih tinggi. Kita tidak boleh janjikan yang istimewa kepada rakyat Malaysia, cuma kami berjanji di setiap perlawanan kami akan bermain dengan baik.

“Bukan jaringan yang kita pentingkan tetapi dari segi tekanan kepada pihak lawan untuk memenangi bola dan kemenangan 3-0 ke atas Maldives saya rasa satu keputusan yang baik sebenarnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.