Harga tiket Piala AFF 2022 kini serendah RM30

Harga tiket Piala AFF 2022 kini serendah RM30

TIKET perlawanan Piala AFF diturunkan buat kali kedua.

PETALING JAYA: Mendengar ‘keluhan’ penyokong Harimau Malaya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menurunkan harga tiket dua aksi peringkat kumpulan Piala AFF 2022 menentang Laos dan Singapura serendah RM30.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, penurunan harga tiket buat kali kedua itu dibuat selepas me­nerima pelbagai reaksi daripada penyokong.

Menurut Hamidin, beliau telah sekali lagi mengarahkan awatankuasa Tiket dan Stadium FAM yang dipengerusikan Naib Presiden FAM, Datuk Posa Majais mendapatkan penyele­saian terbaik dalam memastikan situasi menang-menang dapat dicapai.

“Peningkatan harga tiket bagi edisi 2022 ini berbanding 2018 terpaksa dibuat oleh FAM di­sebabkan peningkatan kos berkaitan dalam tempoh empat tahun, termasuk pengurusan dan penganjuran perlawanan.

“Sebagai Presiden FAM, saya perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya yang mana kita mahu peningkatan prestasi yang ditunjukkan skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon dapat berjalan seiring de­ngan sokongan padu kehadiran penyokong pada setiap perlawanan,” katanya semalam.

Tiket Terbuka yang sebelum ini berharga RM50 dan RM45, diturunkan ke RM30; tiket Premium yang sebelum ini berharga RM70 dan RM60, kini diturunkan ke RM50; tiket Grandstand yang sebelum ini berharga RM100 dan RM70, kini diturunkan ke RM60; manakala tiket kanak-kanak (6-12 tahun) yang sebelum ini berharga RM10, kini diturunkan ke RM5.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN