Hajat Malaysia ke final Piala Negara-Negara disekat Ireland

Hajat Malaysia ke final Piala Negara-Negara disekat Ireland

Skuad Malaysia tumpas 0-3 kepada Ireland dalam aksi separuh akhir Piala Negara-Negara di Potchefsroom, Afrika Selatan. Foto FIH/ WORLDSPORTPICS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Impian skuad hoki negara untuk memburu penampilan sulung di pentas final Piala Negara-Negara FIH berkecai selepas dijinakkan Ireland dalam aksi separuh akhir sebentar tadi.

Anak buah Arul Selvaraj gagal meneruskan momentum kemenangan di peringkat kumpulan apabila akur tewas dengan keputusan 0-3 dalam aksi yang berlangsung di University of North West di Potchefstroom, Afrika Selatan.

Bagaimanapun The Speedy Tigers berpeluang untuk menebus kekecewaan ini apabila bakal menentang antara Korea Selatan ataupun Afrika Selatan bagi aksi penentuan tempat ketiga dan keempat esok.

“Memang kecewa kita kalah dengan keputusan 0-3, walaupun kita lebih banyak menguasai perlawanan, dan mendapatkan banyak peluang daripada pukulan sudut penalti, tetapi kita gagal menjaringkan gol.

“Ireland pula berjaya menjaringkan gol hasil kesilapan pemain kita sendiri, jadi walaupun penjaga gol, Hafizuddin Othman menyelamatkan banyak percubaan lawan, tetapi dua gol yang dihasilkan Ireland tampak agak mudah.

“Saya harap pemain tidak terlalu terbawa-bawa dengan kekalahan ini kerana mereka perlu segera bangkit dan rehat dengan secukupnya kerana esok kita akan mengharungi satu lagi perlawanan,” jelas Arul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.