Haaland mampu ledak 800 gol

Haaland mampu ledak 800 gol

ERLING Haaland (kanan) meraikan jaringannya bersama Kevin de Bruyne ketika membantu Manchester City menumpaskan Liverpool pada pusingan keempat Piala Liga, Khamis lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bintang tengah Manchester City, Kevin de Bruyne percaya, Erling Haaland terlalu ‘obses’ dengan jaringan dan tidak mustahil mampu meledak sehingga 800 gol dalam ­ker­jayanya.

Penyerang muda Norway itu meledak gol ke-24 dalam 19 penampilan di England, Khamis lalu ketika membantu City me­numpaskan Liverpool 3-2 pada pusingan keempat Piala Liga.

Buat masa ini, jumlah keseluruhan gol yang telah dihasilkannya menghampiri 200.

“Erling sangat taksub dengan gol. Dia sudah meledak kira-kira 200 gol, jadi dia mungkin boleh mencapai 600, 700 atau 800 jika kekal cergas.

“Erling ialah penyerang di peringkat tertinggi. Dia merupakan pemain bola sepak biasa seperti orang lain dan dia tidak terlalu serius.

“Dia masih budak muda (22 tahun) yang menikmati hidup­nya dan dia memandang serius bola sepak. Dia suka menjaringkan gol, jadi saya fikir itu perkara paling unik yang dia miliki,” kata De Bruyne.

Dalam masa sama, perancang utama Belgium itu juga memuji pengendali pasukan, ­Pep ­Guardiola yang disifatkan sebagai ‘genius bola sepak’.

“Saya telah bersamanya sangat lama, jadi saya boleh memahami apabila dia mengubah keadaan (dalam permainan).

“Itu adalah caranya melihat bola sepak, falsafah bola sepak­nya adalah mendapatkan bola sebanyak mungkin dan bermain dengan baik.

“Dia mahu mencapai sasaran itu sebanyak mungkin dalam permainan.

“Dia akan menjadi genius dalam satu cara kerana jika tidak, dia tidak akan mengubah bola sepak.

“Cara dia bermain bola sepak, ramai orang melakukannya sekarang kerana dia, dan cara Barcelona, (Johan) Cruyff dan lain-lain.

“Dia mengembangkannya dengan baik dan banyak pasukan kini menekan dari depan, bermain dari belakang, bermain bola sepak dengan bagus. Dia telah mengubah banyak per­kara,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya