De Gea ‘dipaksa’ tinggalkan Old Trafford

De Gea ‘dipaksa’ tinggalkan Old Trafford

DAVID DE GEA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Selepas 11 tahun menyarung jersi Manchester United, David de Gea dijangka meninggalkan Old Trafford dalam keterpaksaan selepas kelab Liga Perdana Inggeris itu dilaporkan enggan menyambung kontraknya yang tamat hujung musim ini.

Penjaga gol berusia 32 tahun itu terpaksa akur dengan keputusan kelab setelah pengenda­linya, Erik ten Hag dikhabarkan lebih berminat untuk mencari ‘tenaga segar’.

Setelah menyertai United dari Atletico Madrid pada 2011, pemain Sepanyol itu telah membuat lebih 500 penampilan bersama Red Devils, mele­takkannya sebaris Gary ­Neville dan Wayne Rooney.

Menurut portal sukan Sky Germany, Ten Hag terbuka untuk mencari pemain No. 1 yang baharu pada akhir kempen ini.

Kontrak semasa De Gea masih berjalan sehingga Jun depan dan itu termasuk pilihan kelab sama ada mahu melanjutkannya kepada setahun lagi atau tidak.

Kehila­ngan De Gea secara percuma akan menjadi tamparan buat Red Devils yang telah mengeluarkan 19 juta pound (RM102 juta) semasa menandatanganinya tetapi mereka juga dapat menjimatkan kos pembayaran gaji pemain.

De Gea dibayar lebih 300,000 pound (RM1.6 juta) seminggu dan merupakan salah seorang pemain dengan bayaran terbaik dalam Liga Perdana.

Dalam aksi Piala Dunia 2022 di Qatar baru-baru ini, De Gea tidak dipilih mewakili Sepanyol walaupun beberapa pemain lain seperti Robert Sanchez dari kelab Brighton dan David Raya dari Brentford terpilih. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN