Arsenal kukuhkan cengkaman pendahulu EPL

Arsenal kukuhkan cengkaman pendahulu EPL

Gabriel Martinelli meledak gol kemenangan Arsenal.

LONDON: Ketenangan yang dipamerkan Arsenal membolehkan mereka bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk menumpaskan West Ham 3-1 di Emirates, awal pagi tadi sekali gus mengukuhkan kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan tujuh mata.

Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli mengubah rentak permainan Gunners hanya lima minit selepas separuh masa kedua bersambung sebelum Eddie Nketiah menyempurnakan gol ketiga untuk memberi tiga mata berharga.

Skuad Hammers mengejutkan Arsenal apabila mendahulu pada minit ke-27 menerusi sepakan penalti Said Benrahma.

Eddie Nketiah (kanan) meledak gol ketiga Arsenal keitka menentang West Ham. – AFP

“Kami menunjukkan ketenangan dan tidak  panik. Pemain melakukan apa yang perlu untuk mendapatkan kemenangan.

“Kami menjaringkan gol pada masa yang tepat dan penonton juga luar biasa pada saat kami dibolosi. Mereka terus percaya. Apabila kami menjaringkan gol ia menjadi kuat dan kami menjana momentum yang diperlukan,” kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

Arteta tidak menurunkan bintangnya yang beraksi di Qatar, William Saliba kerana dia baru kembali lapan hari selepas menjadi sebahagian skuad Perancis yang tewas menerusi penentuan penalti kepada Argentina.

Manchester City boleh kembali merapatkan jurang dan memintas Newcastle yang melonjak ke tangga kedua sekiranya menewaskan Leeds esok. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN