Tempat Caion belum terjamin - Cheng Hoe

Tempat Caion belum terjamin – Cheng Hoe

HERLISON Caion (dua, kiri) ketika meraikan jaringannya dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Melihat pe­ningkatan mendadak Selangor FC di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe, ramai yang teruja untuk melihat sejauh mana Gergasi Merah mampu memberi cabaran dalam Liga Malaysia (Liga M) musim 2023.

Sejurus selepas kalah 2-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam final Piala Malaysia kelmarin, Cheng Hoe yang seketika memimpin Selangor mengharungi sembilan perlawanan tanpa kalah memberi bayangan akan mengekalkan sebahagian besar pemain muda diketuai Mukhairi Ajmal Mahadi.

Beliau bagaimanapun tidak teragak-agak untuk menukar ­barisan import, termasuk penjaring terbanyak kelab, Herlison Caion, bergantung kepada ­keperluan pasukan.

PEMAIN Selangor tidak mampu menahan kecewa selepas tumpas kepada JDT dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 di Bukit Jalil. -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

Dalam aksi final kelmarin, Cheng Hoe turut melakukan tindakan berani mengeluarkan Caion dan ketua pasukan, Brendan Gan menuju 20 minit terakhir permainan untuk memasukkan dua pemain muda, Ahmad Danial Asri dan Muha­mad Syahir Bashah.

 

“Mana-mana pasukan pasti mahu menambah baik skuad. Saya akan bincang dengan pe­ngurusan, terutama mengenai import. Kita kena meneliti secara terperinci persembahan mereka sepanjang tahun. Kalau perlu tukar kita tukar.

“Kalau lihat lihat pemain muda, pemain tempatan, saya mungkin akan kekalkan mereka kerana mereka mempunyai masa depan cerah. Jika diberi peluang mereka akan jadi antara yang terbaik di negara.

MUKHAIRI AJMAL

“Saya tidak membayangkan rombakan besar-besaran, semua bahagian menunjukkan peningkatan tetapi dalam bola sepak, kalau tidak jaringkan gol tidak boleh menang.

“Jadi itu (serangan) mungkin salah satu bahagian yang kita kena pertingkatkan.

“Kita kena lihat, sama ada perlu menukar Caion atau tidak. Sepanjang dua bulan membimbing Selangor, dia cukup komited. Dalam Piala Malaysia pun antara penjaring terbanyak, jadi kita perlu lihat sama ada perlu tukar atau tidak,” katanya.

Ditanya mengenai kehadiran pemain tempatan yang dikaitkan dengan Selangor seperti Faisal Halim, Cheng Hoe berkata, dia belum mendapat berita, namun tidak menolak akan membawa masuk beberapa muka baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya