Tahun lalu menang tiga, kali ini 4 piala, luar biasa - Bidoglio

Tahun lalu menang tiga, kali ini 4 piala, luar biasa – Bidoglio

PEMAIN JDT meraikan kejayaan menjulang Piala Malaysia 2022 selepas menumpaskan Selangor 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kejayaan menyapu bersih semua empat trofi yang ditawarkan dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini sesuatu yang menakjubkan, kata pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio.

Menurut jurulatih berusia 54 tahun yang berasal dari Rosario, Argentina itu, beliau berterima kasih kepada pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, staf dan pemain yang bekerja keras untuk memastikan Harimau Selatan melengkapkan musim gemilang dengan menjulang Piala Malaysia 2022 malam tadi.

“Terima kasih banyak kepada bos (Tunku Ismail), pengurusan pasukan dan juga para pemain, saya sangat gembira akhirnya kami berjaya juga membawa pulang Piala Malaysia.

“Tahun lalu hanya tiga piala, tetapi musim ini, kami berjaya memenangi kesemua piala. Ia satu pencapaian yang hebat dan saya tahu bukan mudah untuk para pemain berbuat demikian,” katanya  selepas membawa JDT menundukkan Selangor 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Mengulas lanjut mengenai perlawanan akhir tersebut, Bidoglio memberitahu, pertemuan menentang Selangor bukan satu tugas mudah.

Jelasnya, pada babak pertama permainan, anak-anak buahnya kerap kehilangan bola, sehingga memaksa perubahan taktikal dilakukan pada rehat babak pertama.

“Semasa di bilik persalinan, saya melakukan beberapa perubahan posisi dan ternyata ia berkesan dan kami berjaya memenangi perlawanan itu,” ujarnya.

Menurut Bidoglio, selepas menutup kempen dengan bergaya, para pemain kini sudah boleh berehat sebelum kembali ke padang untuk aksi persahabatan menentang kelab Bundesliga, Borussia Dortmund esok.

“Benar kami akan mengharungi aksi persahabatan Isnin ini dan berpeluang menentang Dortmund bagi saya ia satu aksi persahabatan yang penting untuk anak-anak buah saya,” jelasnya.

Selain Piala Malaysia, musim ini, JDT turut meraih gelaran Liga Super, Piala FA dan Piala Sumbangsih. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya