Steinbruckner bos baharu Terengganu FC

Steinbruckner bos baharu Terengganu FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jurulatih kelahiran Croatia, Tomislav Steinbruckner hampir pasti dipilih sebagai pengendali Terengganu FC (TFC) bagi membawa cabaran pasukan itu musim depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, perkara itu akan diumumkan pihak pengurusan TFC dalam masa terdekat.

Menurut beliau, pengarah teknikal TFC itu merupakan calon tunggal dicadangkan pihak pengurusan dan barisan teknikal selain Nafuzi Zain ketika mesyuarat ahli lembaga pengarah, 25 Oktober lalu.

“Ketika itu kita bersetuju menawarkan lanjutan kontrak (Nafuzi) sebagai pilihan utama, manakala nama Steinbruckner turut disenaraikan sebagai calon kedua jika Nafuzi menolaknya.

“Hanya dua nama itu saja dibincangkan dan memandangkan Nafuzi menolak tawaran baharu daripada TFC, kemungkinan besar Steinbruckner yang akan dipilih.

PENYOKONG memberi penghormatan kepada Nafuzi Zain ketika dia membimbing Terengganu FC dalam perlawanan terakhir mereka minggu lalu. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY

“Namun pihak pengurusan TFC akan memutuskan status ketua jurulatih baharu untuk menghadapi dan memberi saingan dalam Liga Malaysia (Liga M) dan Piala AFC 2023.

“Steinbruckner ketika ini menjalankan tugas dengan baik selaku pengarah teknikal. Jadi dengan kepakaran beliau, saya harap prestasi cemerlang TFC dapat diteruskan,” katanya selepas merasmikan majlis penutup bersama kontinjen Sukan Gemaputera ke-16 di Taman Tamadun Islam di sini, semalam.

Steinbruckner merupakan bekas jurulatih T-Team dan membawa skuad The Titans menamatkan Liga Perdana di kedudukan ketiga pada 2015 sebelum kembali sebagai pengarah teknikal TFC musim ini.

Tambah Wan Sukairi, pengalaman bekas jurulatih remaja Croatia itu dalam Liga M juga diharap dapat membantu skuad Sang Penyu mengekalkan kesinambungan dibawa Nafuzi sejak tiga tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya