Sabah raih bekalan tipis

Sabah bawa bekalan tipis

Penjaga gawang Sabah FC, Damien cemerlang memastikan gawang tidak dibocori.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kuching City memilih laluan sukar untuk melangkah ke pentas separuh akhir Piala Malaysia selepas tewas 0-1 di tangan Sabah FC pada suku akhir pertama, sebentar tadi.

Jaringan tunggal ketua pasukan Baddrol Bakhtiar pada babak kedua sudah cukup untuk memberikan kelebihan buat skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee menjelang aksi timbal balik di Kota Kinabalu, minggu depan.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Negeri Kuching, The Rhinos turun dengan barisan terbaik terdiri daripada Baddrol Bakhtiar, Park Tae-su dan Taiki Kagayama bagi memburu kemenangan.

Tuan rumah yang dibimbing jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim turut mengekalkan keseluruhan pemain terbaik yang berjaya menewaskan Penang FC sebelum ini seperti Abu Kamara, Yuki Tanigawa dan Mohamad Alif Hasan.

Corak permainan seimbang dan berhati-hati dipamerkan kedua-dua pasukan sepanjang 15 minit babak pertama dengan bola banyak berlegar dibahagian tengah padang.

Kedua-dua pasukan dilihat saling berbalas serangan dengan skuad pelawat dilihat beberapa kali menguji benteng The Cats menerusi gerakan penyerang muda, Azhad Harraz Arman dan Farhan Roslan.

Kuching City berpeluang membuka jaringan tetapi rembatan percuma yang dilakukan oleh Mohamad Alif sedikit tersasar dengan kedudukan 0-0 berakhir pada tamat babak pertama.

Memasuki babak kedua, Sabah menggandakan asakan menerusi serangan balas dari kedua-dua bahagian sayap menyebabkan tuan rumah lebih banyak bertahan.

Sabah FC akhirnya berjaya memperolehi gol menerusi jaringan Baddrol selepas penjaga gol Kuching, Shaiful Wazizi gagal menangkap kemas percubaan Farhan pada minit ke-69.

Tuan rumah tidak mudah mengalah serta memperkemaskan jentera serangan dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-79 namun tandukan Abu Kamara sedikit tersasar dari gawang gol.

Walaupun Kuching City terus melipatgandakan serangan bagi mendapatkan gol penyamaan namun keputusan 1-0 itu kekal sehingga tamat masa perlawanan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya