NEW YORK: Penyerang Chelsea, Christian Pulisic bakal mengetuai skuad muda Amerika Syarikat (AS) ke Piala Dunia 2022 di Qatar.
Skuad Uncle Sam turun dengan misi membuktikan mereka sememangnya layak beraksi di pentas berprestij itu selepas tercicir di Russia 2018.
Pemain tengah Juventus, Weston McKennie turut disenaraikan walaupun dibelenggu kecederaan paha, bersama penjaga gol, Matt Turner; penyerang Lille, Tim Weah dan pertahanan Inter Miami CF, DeAndre Yedlin.
“Ini adalah misi balas dendam, jika anda mahu memanggilnya begitu,” kata Yedlin.
Tidak banyak yang diharapkan AS apabila membuka kempen Kumpulan B dengan menentang Wales pada 21 November kerana dibelenggu isu kecederaan, manakala Pulisic kurang mendapat minit permainan di Chelsea.
Our 2️⃣6️⃣.
Full Roster Details » https://t.co/bQXU2MBjVh#USMNT x @budweiserusa pic.twitter.com/8N5kVwjrIp
— U.S. Men's National Soccer Team (@USMNT) November 9, 2022
“Harapan yang diletakkan agak rendah melihat bagaimana pasukan muda ini membangun, program ini berkembang.
“Kami memulakan kumpulan pemain muda ini pada 2018 dan kini kami kembali beraksi di Piala Dunia.
“Saya fikir, kemuncak keinginan dalam kumpulan pemain ini sama seperti saya katakan sebelum ini iaitu layak beraksi di Piala Dunia,” kata ketua jurulatih, Gregg Berhalter. – AFP
SKUAD AMERIKA SYARIKAT KE PIALA DUNIA 2022
PENJAGA GOL: Ethan Horvath (Luton Town), Sean Johnson (New York City FC), Matt Turner (Arsenal)
PERTAHANAN: Cameron Carter-Vickers (Celtic), Sergino Dest (AC Milan), Aaron Long (New York Red Bulls), Shaq Moore (Nashville SC), Tim Ream (Fulham), Antonee Robinson (Fulham), Joe Scally (Borussia Monchengladbach), DeAndre Yedlin (Inter Miami CF), Walker Zimmerman (Nashville SC)
TENGAH: Brenden Aaronson (Leeds), Kellyn Acosta (LAFC), Tyler Adams (Leeds), Luca de la Torre (Celta Vigo), Weston McKennie (Juventus), Yunus Musah (Valencia), Cristian Roldan (Seattle Sounders FC)
SERANGAN: Jesus Ferreira (FC Dallas), Jordan Morris (Seattle Sounders), Christian Pulisic (Chelsea), Gio Reyna (Borussia Dortmund), Josh Sargent (Norwich City), Tim Weah (Lille), Haji Wright (Antalyaspor)