Piala Dunia tahun ini gila – Guardiola

Piala Dunia tahun ini gila – Guardiola

MANCHESTER City dijangka membekalkan 17 pemain ke Piala Dunia 2022, lima daripadanya bersama skuad England.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pep Guardiola menyelar Piala Dunia Qatar 2022 yang disifatkan gila, malah tidak menyalahkan pemain Manchester City jika mereka merasa terganggu.

Selepas melayan kunjungan Chelsea dalam Piala Liga hari ini, City kemudian berdepan Brentford untuk aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.

Justeru Guardiola memahami jika ramai pemain gusar ditimpa kecederaan hanya beberapa hari sebelum Piala Dunia bermula pada 20 November.

“Kita mempunyai Piala Dunia yang gila dan pemain tidak boleh berehat. Tumpuan mereka ber­belah bahagi antara liga dan Piala Dunia.

“Jika anda mengalami kece­deraan menentang Brentford, ia tidak akan mengubah pemburuan trofi Liga Perdana tetapi anda akan terlepas Piala Dunia,” kata pengendali City itu.

Biarpun masih ada pasukan belum mengumumkan senarai akhir skuad Piala Dunia, namun City dijangka membekalkan 17 pemain ke Qatar.

Mereka bernasib baik, ‘mesin gol’, Erlin Haaland tidak akan beraksi sepanjang kejohanan 20 November hingga 18 Disember itu kerana Norway tidak melayakkan diri.

Begitupun perancang utama seperti Kevin de Bruyne, John Stones, Kyle Walker, Kalvin Phillips, Phil Foden dan Jack Grealish hampir pasti akan menggalas cabaran negara masing-masing.

Penjaga gol, Ederson pula sudah diumumkan dalam skuad 26 pemain juara enam kali, Brazil. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN