Mane sempat pulih menjelang Piala Dunia

Mane sempat pulih menjelang Piala Dunia

SADIO MANE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Penolong jurulatih Bayern Munich, Dino Toppmoeller meredakan keresahan penyokong Senegal dengan menjelaskan kecederaan Sadio Mane tidak terlalu teruk, dan bintang penyerang itu sempat pulih menjelang Piala Dunia Qatar.

Dalam aksi Bundesliga pagi tadi, Mane dikeluarkan di awal permainan akibat kecederaan kaki ketika Bayern membelasah Werder Bremen 6-1. Dia digantikan dengan Leroy Sane pada minit ke-20.

Bekas bintang Liverpool itu kemudian dibawa ke terowong untuk rawatan lanjut.

Situasi tersebut menimbulkan kerisauan pemenang Anugerah Pemain Terbaik Afrika dua kali itu kerana Senegal akan memulakan kempen Piala Dunia dengan menentang Belanda pada 21 November.

“Saraf kakinya cedera akibat terhentak tetapi keadaannya tidak terlalu teruk,” Toppmoeller. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN