Liverpool tampil aksi 'gila', penuh keberanian - Klopp

Liverpool tampil aksi ‘gila’, penuh keberanian – Klopp

MOHAMED Salah memulakan kebangkitan Liverpool di Anfield.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp berkata, ia ‘sangat gila’ melihat pasukannya menamatkan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dengan 15 mata selepas mencatat kemenangan kelima berturut-turut awal pagi tadi.

Selepas memulakan kempen Eropah dengan dimalukan 4-1 oleh Napoli, Reds membalas dendam terhadap pendahulu Serie A itu apabila menang 2-0 di Anfield.

Sejak kekalahan itu juga, Liverpool bangkit mencatat kemenangan di tempat sendiri dan lawan menentang Ajax serta Rangers untuk mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati ketika saingan berbaki satu perlawanan.

Gol lewat minit Mohamed Salah dan Darwin Nunez pagi tadi memastikan kemenangan 2-0 di Anfield, namun Reds gagal memintas Napoli yang menamatkan aksi selaku juara Kumpulan A menerusi perbezaan gol.

Kemenangan itu bukan sahaja menamatkan rekod tanpa kalah Napoli dalam 17 perlawanan, malah mengembalikan semangat Reds yang dirundung malang dalam liga domestik apabila mengalami dua kekalahan berturut-turut kepada pasukan tercorot, Leeds United dan Nottingham Forest.

“Kami menunjukkan reaksi yang amat baik malam ini (selepas kekalahan 1-2 kepada Leeds).

“Jika anda melihat apa yang Napoli boleh lakukan ketika ini, kami menunjukkan permainan yang sangat bagus dalam situasi sekarang. Pemain kami beraksi dengan penuh keberanian.

“Saya melihat keberanian untuk menghadapi cabaran, membuat pertarungan yang betul dan dua set-piece memberi kami tiga mata – 15 mata dalam kumpulan Liga Juara-Juara, benar-benar gila,” kata Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN