JDT sukar ulangi kejayaan treble - TMJ

JDT sukar ulangi kejayaan treble – TMJ

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim ketika meraikan kejayaan JDT muncul juara Piala Malaysia, menumpaskan Selangor FC tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, kejayaan membolot semua empat trofi yang ditawarkan dalam liga domestik musim ini sukar untuk diulangi.

Menurut Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu, pasukan lain sudah mula menunjukkan peningkatan, malah kebanyakan mereka telah memulakan ­proses memperkuatkan skuad.

“Sepanjang tempoh 10 tahun saya berada dalam industri bola sepak, pada saya ini kejayaan paling bermakna, kerana kejayaan direkodkan dari skuad 12 tahun hinggalah ke pasukan utama JDT.

“Bagi pasukan utama JDT, kita mengharungi musim tanpa kalah bagi 35 perlawanan dalam semua kejohanan domestik dan menang semuanya.

“Saya tahu keputusan ini tidak boleh diulangi lagi, kalau boleh baguslah tapi ia sangat sukar,” katanya selepas perlawanan persahabatan menentang gergasi Jerman, Borussia Dortmund semalam.

Pada aksi persahabatan Jelajah Asia Borussia Dortmund itu, Harimau Selatan dijinakkan 1-4 di Stadium Sultan Ismail.

Mengenai persiapan musim depan, Tunku Ismail menjelaskan JDT tidak berbelanja besar dan hanya membawa masuk dua atau tiga muka baharu bagi memperkuatkan pasukan.

“Pada tahun depan JDT ­hanyalah pasukan underdog (bukan pilihan), kita tidak berbelanja sangat dengan mengekalkan skuad hampir sama, paling banyak pun bawa dua atau tiga pemain sahaja.

“Pasukan lain sudah rancak melakukan pembelian bagi memperkuatkan pasukan masing-masing di setiap aspek. Jadi JDT bukanlah pasukan yang perlu dikalahkan pada musim depan,” katanya.

Ditanya khabar angin bahawa JDT sudah menandatangani penjaga gawang Negeri Sembilan FC, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Tunku Ismail secara berseloroh mengatakan tidak mengenali pemain tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya