JDT sapu bersih semua trofi, juarai Piala Malaysia

JDT sapu bersih semua trofi, juarai Piala Malaysia

JDT mendominasi kesemua trofi yang dipertandingan dalam Liga Malaysia musim lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) menyapu bersih semua piala yang dipertandingkan musim ini selepas merangkul kejuaraan Piala Malaysia dengan menewaskan Selangor FC, 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Trofi Piala Malaysia melengkapkan koleksi Harimau Selatan yang sebelum ini dinobatkan sebagai juara Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super.

Kemenangan itu memastikan kekalahan JDT kepada Kuala Lumpur City musim lalu berjaya ditebus dan pada masa sama mengulangi pencapaian 2019.

Bagi Selangor pula mereka terus gagal untuk merampas kembali Piala Malaysia yang kali terakhir dimenangi pada 2015 di Stadium Shah Alam menewaskan Kedah 2-0.

Selangor seharusnya berada di depan seawal minit kesembilan, namun tolakan penyerang import, Herlison Caion sedikit tersasar ketika Farizal Marlias sudah pun tertewas.

 

Tidak terhenti dengan serangan tersebut, Gergasi Merah Kuning terus memiliki peluang keemasan menerusi Hein Htet Aung minit ke-17 namun rembatannya dihalang pertahanan JDT.
Caion sekali lagi hampa pada minit ke-31 selepas tandukannya sedikit tersasar di penjuru kiri gol.

Usaha berterusan Selangor memburu gol akhirnya terhasil menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Caion pada minit ke-45 selepas dia dijatuhkan Matthew Davies dalam kotak penalti.

Bagaimanapun kegembiraan penyokong Selangor tidak bertahan lama apabila JDT menyamakan kedudukan hasil tandukan penyerang berbisa, Bergson da Silva pada masa kecederaan untuk memastikan kedua-dua pasukan masuk kebilik persalinan dengan keputusan 1-1.

Memasuki babak kedua, giliran Harimau Selatan berada didepan pada minit ke 58 menerusi Fernando Forestieri yang melakukan rembatan kencang untuk memastikan bola menerjah masuk ke dalam gawang Selangor menewaskan Khairulazhan Khalid.

Gol tersebut seolah-olah memberi keyakinan buat JDT yang mula memiliki keyakinan mengawal permainan dan mengatur gerakan.

Percaturan Tan Cheng Hoe membawa masuk beberapa pemain baharu memberikan sedikit nafas buat barisan tengah Selangor untuk memburu gol penyamaan.

Pemain gantian Selangor, Ahmad Danial Asri seharusnya memastikan kedudukan kembali seimbang pada minit ke-84 namun rembatan lemahnya mudah ditangkap kemas Farizal.

Walaupun Selangor terus mengasak memburu gol penyamaan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan namun keputusan 2-1 itu kekal sehinggalah tamat masa perlawanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya