Bagnaia takut nak sentuh trofi MotoGP dunia

Bagnaia takut nak sentuh trofi MotoGP dunia

Francesco Bagnaia (kanan) dan Fabio Quartararo bergambar bersama trofi MotoGP dunia menjelang perlumbaan terakhir musim 2022 di Grand Prix Valencia esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VALENCIA: Kejuaraan Motosikal Dunia akan menutup tirai esok dengan Francesco Bagnaia di ambang menjulang gelaran ­MotoGP pada Grand Prix (GP) Valencia.

Semalam, penunggang Ducati itu dan pencabar utama­nya dari Yamaha, Fabio Quartararo bergambar bersama trofi kejua­raan dunia, namun enggan menyentuhnya selagi tidak disahkan sebagai pemenang.

“Saya orang Itali, saya mempercayai perkara ‘karut’,” kata Bagnaia, yang mengakui enggan timpa nasib malang jika memegang trofi itu lebih awal.
Biarpun jarak trofi tersebut amat dekat dengannya, namun dia sentiasa menjaga pergerakan agar tidak menyentuh piala berkenaan.

“Masih ada kemungkinan (kalah). Selepas perlumbaan di Malaysia, saya tidak pernah santai dan sentiasa bekerja lebih keras,” katanya.

Bagnaia menjuarai Grand Prix Malaysia pada 23 Oktober lalu, namun hasrat untuk memenangi gelaran dunia lebih awal tertangguh selepas ­Quartararo menduduki tangga ketiga di Sepang.

Francesco Bagnaia melihat trofi MotoGP dunia dari jauh.

Itu bermakna, Quartararo masih berpeluang muncul juara dengan 23 mata di belakang, namun wajib menang di Valencia esok.

Bagnaia sebaliknya hanya memerlukan dua mata untuk dinobat sebagai juara dan dijangka mempamer tunggangan berhati-hati.

“Memang benar kami berada di tempat yang lebih baik berbanding Fabio tetapi kami perlu menyelesaikan tugas itu, jadi fokus maksimum.

“Saya akan cuba memberi tumpuan terbaik seperti biasa dan cuba menyelesaikan tugasan dengan keputusan ­tertinggi.

“Adalah sangat ­pen­ting untuk menjadi pintar dalam perlumbaan hujung minggu ini dan mengelak sebarang kesilapan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya