Verstappen sahkan gelaran dunia hari ini?

Verstappen sahkan gelaran dunia hari ini?

MAX Verstappen mengorak langkah untuk menjulang kejuaraan dunia pada Grand Prix Jepun hari ini selepas menyambar petak pertama dalam sesi kelayakan di Litar Suzuka semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUZUKA, Jepun: Max Verstappen menyambar petak pertama pada Grand Prix Jepun semalam, sekali gus kian hampir mempertahankan kejuaraan Formula Satu (F1) dunia di Litar Suzuka hari ini.

Pemandu Red Bull itu menakluk pusingan kelayakan di atas permukaan trek basah de­ngan kepantasan 1 minit, 29.304 saat (s), hanya 0.010s mengatasi pesaing utamanya dari Ferrari, Charles Leclerc. Seorang lagi pemandu Ferrari, Carlos Sainz di tempat ketiga.

Verstappen bagaimanapun mungkin berada dalam situasi ‘panas’ selepas steward akan menyiasat insiden yang melibatkan pemandu Belanda itu dan Lando Norris dari McLaren.

Norris terbabas ke rumput bagi mengelak daripada me­langgar Verstappen, dengan pemandu Red Bull itu menggumam ‘tidak boleh dipercayai’ melalui radio pasukannya sebelum meminta maaf.

Verstappen boleh merangkul kejuaraan dunia hari ini jika memenangi perlumbaan dengan catatan sepusingan terpantas, tidak kira apa yang dilakukan pesaingnya.

Pelumba Belanda itu juga akan mengekalkan mahkotanya jika menang dan Leclerc di tempat ketiga atau lebih rendah.

“Sungguh luar biasa untuk memandu di sini sekali lagi dan sudah tentu sangat gembira untuk berada di petak pertama,” kata Verstappen.

Ketika perlumbaan dijangka berlangsung dalam hujan, semua pasukan mempersiapkan jentera untuk memastikan mereka memilih tayar terbaik.

“Kami akan melakukan apa sahaja yang termampu untuk ­menyekat Red Bull daripada menang lebih awal.
“Begitupun, kami mempu­nyai data yang terhad, jadi itu sentiasa menjadi cabaran,” kata Lecrec. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya