TSG, pasukan Malaysia galas cabaran negara di LTdL 2022

TSG, pasukan Malaysia galas cabaran negara di LTdL 2022

PASUKAN TSG bersiap sedia memburu kejayaan di LTdL 2022.-IHSAN TSG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perlumbaan berbasikal lebuhraya paling berprestij di rantau ini, Le Tour De Langkawi (LTdL) yang bermula hari ini menyaksikan ketiadaan juara bertahan, Sapura Cycling Team (TSC).

Juara Ltdl 2020 itu masalah teknikal berkaitan pembayaran wang program do­ping bernilai RM 16,304 kepada pihak Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Ini menyaksikan hanya 120 pelumba daripada 20 pasukan akan berentap, termasuk dua wakil negara, Terengganu Polygon Cycling (TSG) dan pasukan kebangsaan.

Bagaimanapun untuk TSG, pakar pecutnya, Muhd Harrif Salleh optimis pasukannya mampu untuk memastikan pa­sukan tempatan mampu mencabar kejohanan kali ini disebalik kehadiran enam pasukan Jelajah Dunia bertan­ding.

“Kemenangan di Jelajah Taiwan tempohari sedikit seba­nyak memberikan motivasi untuk saya cuba berikan yang terbaik untuk edisi kali ini.

“TSG juga ada membuat pertukaran saat akhir apabila menyenaraikan Nur Aiman Zhariff, memandangkan dia juga beraksi baik ketika Jelajah Iran minggu lalu, jadi dia akan menjadi tambah nilai untuk pasukan,” jelas Harrif ketika sesi sidang media pengenalan pasukan di Shah Alam semalam.

Bagi skuad kebangsaan, mereka juga tidak mahu dilabel sebagai pasukan pelengkap sambil telah pun membuat persiapan rapi berkampung di Genting Highland untuk latihan intensif bagi menawan puncak tersebut menje­lang peringkat ketiga perlumbaan pada Khamis.

“Persiapan kali ini saya boleh katakan yang terbaik sepanjang saya bersama skuad kebangsaan untuk persiapan LTdL,”jelas pelumba kebangsaan, Sofian Nabil Anuar yang pernah meraih jersi putih, pelumba terbaik Asia ketika pe­ringkat ketiga Ltdl 2020.

Peringkat pertama hari ini bakal bermula di Seri Menanti, Kuala Pilah dan berakhir di Menara Berkembar KLCC, Kuala Lumpur dengan jarak sejauh 157.3 kilometer.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya