Terlalu sukar untuk tumbangkan Harimau Selatan

Terlalu sukar untuk tumbangkan Harimau Selatan

PEMAIN Petaling Jaya City sukar menghalang penyerang Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman Hanapi (tengah) dalam aksi pertama, pusingan 16 akhir Piala Malaysia di Petaling Jaya kelmarin, yang menyaksikan JDT menang besar 4-0. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seperti kebanyakan pasukan Liga Malaysia (Liga M) lain, Petaling Jaya City (PJ City) gagal mencari jalan untuk menyekat Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila dibelasah 0-4 di laman sendiri biarpun lawan beraksi tanpa penyerang terbaik mereka, Bergson da Silva pada aksi pembukaan Piala Malaysia kelmarin.

Jaringan pembukaan yang disempurnakan oleh bek tengah, Shahrul Saad membolehkan Harimau Selatan meledak gol ke-100 dalam kempen 2022 dan yang ke-800 keseluruhan.

Tiga lagi gol yang disempurnakan Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Fernando Forestieri memberikan jaringan ke-803 buat JDT sejak kelab itu ditubuhkan pada 2013.

Tanpa Bergson atau dua, tiga tonggak yang mungkin direhatkan selepas ini langsung tidak menjejaskan JDT kerana mereka memiliki deretan bintang yang memastikan kualiti Harimau Selatan sentiasa di paras tertinggi.

 

“JDT tidak bergantung kepada satu atau dua pemain sahaja. Kita bekerja secara kolektif di mana pemain sentiasa bekerja keras untuk menggerakkan bola dan melakukan hantaran yang baik supaya penyerang dapat menjaringkan gol.

“Kita melakukan pergiliran pemain kerana melalui banyak perlawanan pada musim ini. Kita memberikan peluang kepada pemain lain dan mereka memberikan persembahan yang baik.

“Kami memberikan peluang kepada pemain-pemain lain dan mereka memberikan persembahan yang baik,” kata pengendali JDT, Hector Bidoglio.

Kemenangan selesa itu meletakkan Harimau Selatan selangkah menjejakkan kaki ke suku akhir, sekali gus terus di landasan memburu trofi keempat musim ini.

JDT yang dikecewakan oleh Kuala Lumpur City (KL City) dalam final musim lalu berpeluang menjadi pasukan pertama merangkul empat trofi dalam satu musim jika menjulang Piala Malaysia kerana sudahpun memenangi Liga Super, Piala FA dan Piala Sumbangsih.

Mengenai perlawanan berdepan skuad The Phoenix, jurulatih kelahiran Argentina itu mengakui jaringan awal yang disempurnakan bek tengah, Shahrul seawal minit keempat membuat JDT lebih selesa ­bermain.

“Ini bukan perlawanan mudah tetapi pemain menunjukkan persembahan baik dengan mendapatkan gol awal.

“Gol awal itu membolehkan kita sentiasa berada dalam kawalan dan dapat mengekalkan penguasaan bola,” katanya.
JDT kini berada di landasan untuk mencabar trofi keempat musim ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN