Ten Hag, Ronaldo sedia ‘berdamai’ dengan syarat

Ten Hag, Ronaldo sedia ‘berdamai’ dengan syarat

ERIK ten Hag (kiri) tidak mahu Cristiano Ronaldo meninggalkan Manchester United dan sedia berdamai dengan penyerang Portugal itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Erik ten Hag sedia berdamai dengan Cristiano Ro­naldo, malah mahu mengekalkan penyerang itu di Manchester United, namun ada syaratnya.

Ronaldo sekali lagi mencetus kontroversi apabila meninggalkan bangku simpanan sebelum tamat aksi Liga Perdana Ing­geris yang menyaksikan United menewaskan Tottenham 2-0, Khamis lalu.

Ten Hag mengesahkan Ro­naldo enggan diturunkan pada minit akhir permainan, sekali gus menimbulkan kemarahan pengurus dari Belanda itu.

“Ya, memang benar. Saya rasa semua orang akan bersetuju bahawa ia bukan tindakan yang betul, jadi tidak ada persoalan mengenainya.

“Itulah sebabnya dia terpaksa meninggalkan skuad,” kata Ten Hag yang menggugurkan kapten Portugal itu daripada skuad menentang Chelsea semalam.

CRISTIANO Ronaldo sekadar memanaskan bangku simpanan ketika Manchester United tumbang 6-3 kepada Manchester City pada saingan Liga Perdana.

Walaupun berang dengan sikap Ronaldo, Ten Hag berkata, dia masih mahu memiliki pemilik lima gelaran Ballon d’Or itu di Old Trafford.

“Ini amat sukar, sudah tentu dia kena menerima akibat ekoran sikap buruknya, lebih-lebih lagi ini adalah kali kedua.

“Sejujurnya saya mahu Ro­naldo kekal dalam skuad ini. Ketiadaannya satu kehilangan besar buat United tetapi yang paling penting ialah sikap dan mentaliti pasukan.

“Saya tidak mahu hilang Ronaldo. Saya mahu dia dalam skuad, terlibat dalam setiap perlawanan kerana dia mempunyai pengaruh,” katanya.

ERIK TEN HAG

Ten Hag menekankan sebagai pengurus, tugas utamanya adalah untuk mengawal budaya dalam pasukannya.

Sikap dan tingkah laku pasukan adalah tanggungjawabnya, dan itu terpakai kepada semua pemain, termasuk Ronaldo.

“Kami akan bincang. Dia mesti tahu ada peraturan ketat di sini. Saya pengurus. Saya bertanggungjawab ke atas budaya di sini. Saya perlu menetapkan piawaian dan nilai, saya perlu mengawalnya,” katanya.

Sementara itu, bekas pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer me­ngakui, selepas semua yang berlaku, dia kesal kerana membawa Ronaldo kembali ke Old Trafford.

“Ia tidak sepatutnya jadi begini,” kata legenda Red Devils itu, yang bertanggungjawab memujuk Ronaldo biarpun pemain itu hampir menuju ke Manchester City. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN