Taktikal Hodak bakal jadi penentu

Taktikal Hodak bakal jadi penentu

BOJAN HODAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keberkesanan taktikal yang Bojan Hodak dan kemampuan pemain melaksanakannya mampu menjadi penentu buat Kuala Lumpur City (KL City) apabila berdepan Al-Seeb dalam final Piala AFC malam ini.

Legenda bola sepak Kuala Lumpur (KL), Fandi Ahmad percaya, skuad The City Boys mampu melakar kemenangan biarpun lawan mereka bakal dibarisi 10 tonggak kebangsaan Oman.

Al-Seeb tidak ubah seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) versi Oman kerana memiliki deretan bintang, namun KL City telah membuktikan mereka mampu menumbangkan gergasi jika memiliki taktikal terbaik.

BOJAN HODAK

“Berdasarkan prestasi KL City musim ini, mereka amat konsisten dalam perlawanan penting.

“Tidak mustahil (menang) kerana bermain di tempat sendiri walaupun lawan memiliki ramai pemain kebangsaan Oman.

“Saya percaya jika taktikal Hodak kena pada tempat dan pemain dapat mengikutinya, ia akan beri impak buat luar biasa.

“Taktikal Hodak akan memainkan peranan penting, saya memilih KL City dengan kemenangan 2-1 menewaskan Al-Seeb,” katanya kepada Utusan Malaysia.

KL City-AFC
PEMAIN KL City bersedia untuk menggempur malam ini.

Fandi yang menyarung jersi KL dari 1986 hingga 1989 te­lah meledak 30 gol dalam 46 penampilan.

Bagi bekas pengendali KL, Mat Zan Mat Aris, kejayaan The City Boys mara ke final Piala AFC 2022 satu kebanggaan buat pa­sukan dan juga Malaysia.

“Ini adalah final kedua Hodak selepas Piala Malaysia 2021, pastinya saya mengharapkan kejuaraan milik Kuala Lumpur.

“Beraksi di laman sendiri bagi saya ia satu kelebihan dan bukan kerja mudah bagi lawan untuk bergelar juara,” tegasnya yang membimbing pasukan pada 1998 hingga 2000 dengan kejua­raan Piala Malaysia 1999 dan Piala Sumbangsih 2000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya