Serangan United perlu lebih tajam

Serangan United perlu lebih tajam

PEMAIN Manchester United melakukan persiapan akhir semalam menjelang pertemuan menentang Tottenham di Old Trafford hari ini. - IHSAN MUFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Erik ten Hag ­menegaskan, Manchester ­Uni­ted perlu lebih klinikal di depan gawang apabila me­nerima kunju­ngan Tottenham dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford hari ini.

Red Devils mempamer aksi hambar ketika seri 0-0 dengan Newcastle, Ahad lalu, malah Fred dan Marcus Rashford mensia-siakan peluang untuk menjaringkan go dan anak-anak buah Ten Hag hanya melakukan dua percubaan tepat ke sasaran.

Pengendali dari Belanda itu kecewa pasukannya tumpul di depan gawang, dan dia bimbang jika persembahan sama diulangi apabila berdepan Spurs yang jauh lebih berbahaya ­dengan kombinasi Harry Kane-Son Heung Ming bersama Ivan Pulisic mampu menjadi ancaman.

Begitupun kepulangan semula pemain tengah Denmark, Christian Eriksen yang terlepas aksi menentang Newcastle kerana kecederaan memberi sedikit keceriaan buat Ten Hag.

Eriksen dijangka diturunkan untuk berdepan bekas pasukannya, dan dia menjanjikan kreativiti yang mampu merubah keputusan perlawanan.

CHRISTIAN Eriksen (kanan) kembali menjalani latihan bersama pasukan. – IHSAN MUFC

“Kami amat terasa ketiadaannya tetapi kami ada sekumpulan pemain yang boleh mengisi kesebelasan utama, jadi kami perlu membawa masuk pemain dari bangku simpanan.

“Saya tidak pasti (Eriksen bersedia menentang Spurs), namun saya tahu dia pemain yang hebat dan memberi sumbangan besar kepada pasukan. Kami benar-benar berharap dia boleh bermain,” kata Ten Hag.

Rashford dijangka menge­tuai kesebelasan utama, namun pe­ranan Cristiano Ronaldo belum dapat dipastikan selepas kapten Portugal itu beraksi hambar ketika seri dengan Newcastle.

SON Heung-min (kiri) dan Harry Kane mampu menjadi ancaman terbesar buat United.

Sementara itu, pengendali Tottenham, Antonio Conte memberi bayangan akan kekal dengan formasi 3-4-3 biarpun kehilangan Richarlison dan ­Dejan Kulusevski akibat kece­deraan.

Begitupun, Conte boleh membuat pertukaran taktikal pada saat akhir kepada 3-5-3 dengan Kane dan Heung-min mengetuai serangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya