Sabah dipaksa kerja keras, Kelantan FC mampu tersenyum

Sabah dipaksa kerja keras, Kelantan FC mampu tersenyum

PEMAIN Sabah meraikan jaringan ke atas UiTM FC dalam aksi Piala Malaysia malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SHAH ALAM: Sabah FC dipaksa bekerja keras sebelum mengatasi UiTM FC 2-1 pada aksi pertama pusingan 16 akhir Piala Malaysia di Stadium UiTM FC, sebentar tadi.

Sabah yang digelar Johor Darul Ta’zim (JDT) versi Borneo diberikan tentangan sengit dari pasukan tuan rumah yang dibarisi hampir 95 peratus siswazah UiTM Shah Alam itu.

Pelawat yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee dilihat berdepan masalah untuk merobek pertahanan tuan rumah dengan gerakan banyak berlegar dibahagain tengah padang.

Ketua pasukan Sabah, Baddrol Bakthiar akhirnya berjaya menceriakan penyokong selepas tendangan percuma yang di penghujung babak pertama menghadiahkan gol pertama buat pelawat untuk aksi babak pertama.

Ketinggalan 0-1 tidak melemahkan semangat UiTM FC yang terus memberikan tekanan terhadap Sabah FC menerusi serangan balas namun ketumpulan jentera serangan menghampakan gol penyamaan terhasil.

Dua pertukaran dilakukan Sabah dengan memasukkan N Thanabalan dan Maxsius Musa berjaya memberikan tonik serangan buat Sang Badak.

Maxsius nyata membalas kepercayaan diberikan Kim Swee selepas berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke 70 untuk menggandakan kelebihan buat pelawat.

Usaha tidak pernah mengenal lelah dipamerkan UiTM FC akhirnya membuahkan hasil selepas pemain pinjaman dari Selangor FC, George Attram menjaringkan gol pertama untuk merapatkan kedudukan pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Sementara itu dalam aksi di Stadium Negeri, Kuching membabitkan Sarawak United FC dan Kelantan FC, jaringan tunggal Kenta Hara memastikan kemenangan The Red Warriors ke atas tuan rumah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN