Ronaldo akan terus meledak

Ronaldo akan terus meledak

CRISTIANO Ronaldo meraikan jaringannya dengan penuh emosi ketika Manchester United menumpaskan Sheriff Tiraspol dalam aksi Liga Europa di Old Trafford, Manchester semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Erik ten Hag yakin Cristiano Ronaldo akan terus meledak selepas pemain itu merobek gawang lawan pada penampilan semula dalam ke­sebelasan utama ketika Manchester United membenam Sheriff Tiraspol 3-0 pada aksi Liga Europa semalam.

Kapten Portugal tersebut kembali memperkuatkan Red Devils selepas disisihkan gara-gara insiden meninggalkan bangku simpanan ketika menentang Tottenham minggu lalu, yang menyaksikan Ten Hag memulaukannya daripada skuad utama.

Ronaldo kembali membuktikan kredibiliti dengan menyumbat gol ketiga United, 10 minit sebelum tamat permainan selepas Diogo Dalot dan Marcus Rashford terlebih dahulu mele­takkan tuan rumah di depan.

“Dia pemain yang hebat, mencipta peluang dan pasukan juga turut melakukan perkara sama untuknya. Dia memerlukan gol dan saya percaya banyak lagi jaringan akan dihasilkan.

“Saya ingin melihat ­gan­­­dingan Ronaldo dan Rashford, sebab itu saya keluarkan Antony. Ia membawa hasil dan saya yakin kami mampu me­nguasai perlawanan berdasarkan corak permainan,” kata pe­ngurus United itu.

United kini perlu memenangi perlawanan terakhir menentang Real Sociedad dengan kelebihan dua jaringan, Jumaat depan bagi menjuarai Kumpulan E, sekali gus mengelak beraksi dalam playoff Liga Europa.

ERIK Ten Hag kembali memasukkan Ronaldo dalam kesebelasan utama.

Red Devils tewas 0-1 kepada kelab Sepanyol itu dalam ­pertemuan pertama mereka di Old Trafford, bulan lalu.

“Bolehkah United menjadi lebih tajam? Kami sentiasa mencuba untuk mengatasi pertahanan lawan.

“Kami cuba meletakkan ­ramai pemain di kawasan lawan, dan anda boleh lihat kami melakukannya ketika meledak gol kedua dan ketiga.

“Inilah cara kami meningkatkan permainan pasukan,” kata Ten Hag. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN