Perak FC mohon tanah untuk bina stadium

Perak FC mohon tanah untuk bina stadium

ABDUL AZIM MOHD. ZABIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC akan mengemukakan permohonan tanah dalam masa terdekat untuk membolehkan Bos Gaurus memiliki stadium bola sepak sendiri.

Pengerusi kelab, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi me­ngakui belum membuat sebarang permohonan tetapi sudah memulakan langkah mencari tapak bersesuaian.

“Ya betul Perak FC belum membuat sebarang permohonan rasmi untuk memiliki tanah bagi membina stadium baharu.

“Perkembangan terkini, kami mengadakan perbinca­ngan dengan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI).

“Kami tahu untuk mendapatkan tanah kena buat permohonan di pejabat tanah. Itu akan dilakukan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Menurutnya, pembinaan stadium tersebut akan dibiayai sendiri Perak FC dan ia bukan seperti Stadium Perak di Ipoh, yang digunakan oleh pasukan selama ini.

“Kami akan cari dana untuk pembinaan stadium itu.

“Kami mahu membina stadium seperti pasukan-pasukan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL). Saya yakin kami mampu mengadakannya,” katanya.

Menurutnya, ­Perak tidak meminta bantuan duit, sebaliknya hanya memerlukan tanah di mana mereka boleh membina stadium.

Selain stadium, Abdul Azim turut melihat tanah kosong di sekeliling pusat latihan pasukan di Chepor sesuai dibangunkan

Bagaimanapun, beliau meletakkan syarat iaitu hanya Perak FC boleh menggunakan padang demi mengelakkan berlaku kerosakan rumput.

“Kalau banding dengan Johor Darul Ta’zim (JDT), stadium mereka hanya untuk JDT, jadi kita nak begitu juga kerana padang amat penting.

“Jangan kerana padang, pemain terseliuh atau patah kaki kerana permukaan yang tak rata,” katanya.

Perak akan kembali bersaing dalam Liga Super musim depan selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) melakukan penstrukturan semula Liga Malaysia (Liga M). 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya