BARCELONA: Pendakwa raya Sepanyol mengugurkan semua tuduhan penipuan dan rasuah ke atas bintang Brazil, Neymar.
Penyerang Paris Saints-Germain (PSG) itu sebelum ini berisiko dipenjara dua tahun dan denda 10 juta euro (RM47.06 juta) jika disabitkan kesalahan.
Kes itu bermula apabila firma pelaburan Brazil, DIS yang memiliki 40 peratus pemilikan Neymar semasa dia masih di Santos menyaman pemain berusia 30 tahun itu.
Ketika perpindahan Neymar, Barcelona mendakwa nilai perpindahan Neymar ‘hanya’ 57.1 juta euro (RM262 juta).
Sejumlah 40 juta euro (RM183.48 juta) telah dibayar kepada keluarga Neymar, dan selebihnya diserahkan kepada Santos.
Ini bermakna DIS hanya menerima 40 peratus daripada 17.1 juta euro (RM78.44 juta) yang diterima Santos, atau sekitar 6.84 juta euro (RM31.38 juta).
Inilah yang membuatkan DIS membantah dan menyaman Neymar, Barcelona dan Santos ke mahkamah, kerana nilai perpindahan pemain itu ebih daripada angka yang sebenarnya dipersetujui.
“Saya tidak mengamb

il bahagian dalam rundingan. Bapa yang sentiasa menjaga karier saya. Saya hanya menandatangani semua dokumen yang disuruh.
“Bermain untuk Barcelona sentiasa menjadi impian saya sejak kanak-kanak,” ujar Neymar.
Bapa pemain itu, Neymar da Silva Santos pula berkata, niat anaknya berpindah ke Barcelona hanya untuk mengembangkan kariernya ke Eropah.
“Kami tahu impiannya untuk bermain buat Barcelona, menandatangani perjanjian adalah keutamaan,” tegasnya.
Neymar dan ibu bapanya ada hak untuk tidak memberi keterangan tetapi memutuskan untuk menghadiri perbicaraan.
Presiden Real Madrid, Florentino Perez juga hadir sebagai saksi perbicaraan.
Dia mendakwa Real menawarkan Santos 45 juta pound (RM411 juta) untuk Neymar pada 2011 dan 36 juta pound (RM170 juta) pada 2013.
Begitupun, Neymar memilih Barcelona, di mana dia menghabiskan empat tahun di sana sebelum menyertai PSG menerusi rekod dunia 198 juta pound (RM931 juta) pada 2017. – AGENSI