MU pamer aksi terbaik musim ini, kalahkan Tottenham

MU pamer aksi terbaik musim ini, kalahkan Tottenham

BRUNO Fernandes meraikan gol kedua Manchester United ketika menentang Tottenham.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester United mempamer persembahan terbaik mereka musim ini ketika menumpaskan Tottenham 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Jaringan ketua pasukan, Bruno Fernandes dan Fred memastikan anak-anak buah Erik ten Hag bangkit daripada aksi lesu ketika seri 0-0 dengan Newcastle United, tiga hari lalu.

Spurs yang dibimbing Antonio Conte tenggelam sepanjang perlawanan, malah United melakukan 28 percubaan ke gawang berbanding hanya sembilan dilancarkan pasukan pelawat.

Selepas beberapa percubaan mereka pada babak pertama dikecewakan oleh penjaga gol Tottenham, Hugo Lloris, Red Devils bermula agresif sebaik sahaja separuh masa kedua bersambung.

Fred membuka jaringan tuan rumah pada minit ke-47 selepas tendangan rendahnya terkena Ben Davies sebelum menerjah ke gawang.

Jaringan tersebut menaikkan semangat United, dan akhirnya mereka menggandakan kedudukan di minit ke-69 selepas Fernandes melakukan rembatan lencong, menewaskan Lloris.

Antony juga berpeluang mencetak nama sebagai penjaring, namun tendangan pemain sayap itu terkena tiang, manakala rembatan Marcus Rashford pula ditepis Lloris.

Cristiano Ronaldo langsung tidak diturunkan dalam aksi di Old Trafford itu, namun United menunjukkan permainan jauh lebih meyakinkan.

Kemenangan keenam daripada 10 perlawanan musim ini meletakkan Red Devils di tangga kelima liga dengan 19 mata, manakala Tottenham kekal di tempat ketiga menerusi 23 mata.

Dalam satu lagi perlawanan, Chelsea dikecewakan dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Brentford. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya