Martin pecah rekod, sambar petak pertama GP Australia

Martin pecah rekod, sambar petak pertama GP Australia

JORGE Martin (tengah) meraikan kejayaan menyambar petak pertama bersama pasukannya selepas tamat sesi kelayakan GP Australia di Phillip Island hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHILLIP ISLAND: Pelumba Pramac Ducati, Jorge Martin menyambar petak pertama Grand Prix (GP) Australia bersama rekod sepusingan terpantas hari ini.

Pelumba Sepanyol itu yang sebelum ini tidak pernah menunggang motosiokal MotoGP di Phillip Island mencatat kepantasan 1 minit, 27.767 saat (s) pada pusingan kelayakan ketiga (Q3).

Catatan itu mengatasi rekod lama milik rakan senegaranya, Jorge Lorenzo 1:27.899s yang dilakukan pada 2013.

“Sudah tiba masanya untuk memadam rekod itu kerana jentera sekarang lebih laju.

“Semalam saya bergelut sedikit kerana hilang tumpuan dan ini juga kali pertama saya beraksi di sini (menggunakan jentera MotoGP). Saya dapat mempamerkan tunggangan yang baik.

MARC Marquez menamatkan saingan di tangga kedua.

“Saya rasa boleh bersaing tetapi tidak menjangkakan kompetitif seperti hari ini. Ia adalah catatan yang menakjubkan. Harap kami dapat teruskan aksi cemerlang ini esok,” kata Martin.

Sementara itu, juara dunia, Fabio Quartararo menduduki tempat kelima pada pusingan kelayakan yang berlangsung dalam keadan kering serta mendung.

Juara dunia enam kali, Marc Marquez yang terbabit kemalangan pula menyambar petak kedua apabila ketinggalan hanya 0.013s yang juga catatan lebih baik daripada rekod Lorenzo. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya