Manchester United hukum Ronaldo

Manchester United hukum Ronaldo

CRISTIANO RONALDO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Masa depan Cristiano Ronaldo di Old Trafford semakin goyah selepas dia digugurkan daripada skuad Manchester United untuk aksi Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea esok.

Tindakan tersebut diambil selepas bintang Portugal itu memasuki bilik persalinan sebelum tamat perlawanan menentang Tottenham kelmarin, di mana Ronaldo sekadar memanaskan bangku simpanan ketika pasukannya menang 2-0.

Ronaldo, 37, dikatakan memberitahu pengurus pasukan, Erik ten Hag bahawa dia tidak mahu masuk sebagai pemain gantian di hujung perlawanan.

ERIK ten Hag (kiri) gagal melepaskan Cristiano Ronaldo pada musim panas lalu.

Pengguguran Ronaldo untuk perlawanan Chelsea antara hukuman Ten Hag ke atas pemain itu selepas dia berjanji untuk menangani bintangnya itu.

Ia bukan kali pertama Ronaldo meluahkan rasa tidak puas hati terhadap peranannya dalam skuad bimbingan Ten Hag, dan pengendali dari Belanda itu akhirnya menunjukkan ketegasannya.

“Cristiano Ronaldo tidak akan berada dalam skuad Manchester United untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea Sabtu ini.

“Pemain-pemain lain fokus sepenuhnya untuk persiapan menghadapi perlawanan itu,” kata United dalam satu kenyataan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN