Malaysia benam Palestin 4-0

Malaysia benam Palestin 4-0

PEMAIN Malaysia memulakan kempen kelayakan Piala Asia B-17 dengan cemerlang apabila membenam Palestin 4-0 di Bogor, Indonesia. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Bawah 16 tahun negara (B-16) memulakan kempen kelayakan Piala Asia B-17 2023 dengan cemerlang apabila membenam Palestin 4-0, sebentar tadi.

Empat gol yang terhasil pada babak kedua memastikan tiga mata penuh buat skuad bimbingan Osmera Omara dan dianggap suntikan semangat menjelang aksi kedua Kumpulan B menentang Guan, Rabu ini.

Tanpa sebarang gol terhasil pada aksi yang berlangsung di Stadium Pakansari, Bogor, Indonesia itu, barisan pemain negara akhirnya mendahului lawan hasil jaringan Anjasmirza selang lima minit babak kedua bersambung.

Faris Danish terus menggandakan kelebihan buat pasukan pada minit ke-68 sebelum skuad B-16 negara memperolehi gol ketiga dan keempat hasil jaringan Arami Wafiy (m-74) dan Zainurhakimi Zain (m-87).

Skuad negara akan meneruskan saingan kelayakan dalam Kumpulan B berdepan Guam pada Rabu ini sebelum menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) selang dua hari kemudian dan tuan rumah, Indonesia (9 Oktober).

Berdasarkan format pertandingan, 10 juara kumpulan dan hanya lima naib juara terbaik akan layak ke Piala Asia B-17 2023. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN