Liverpool perlu turunkan Nunez malam ini

Liverpool perlu turunkan Nunez malam ini

DARWIN NUNEZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas tonggak Arsenal dan England, Paul Merson percaya, Jurgen Klopp perlu menurunkan Darwin Nunez dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Brighton hari ini bagi meningkatkan keyakinan penyerang Uruguay itu.

Kata Merson, Klopp perlu membuktikan harga 85 juta pound (RM437.56 juta) yang dibayar kepada Benfica untuk pemain tersebut adalah berbaloi.

“Pemain Liverpool tidak banyak beraksi dalam rehat antarabangsa. Fabinho hanya bermain 70 minit untuk Brazil tetapi dia mela­kukan perjalanan yang jauh.

“Thiago (Alcantara) tidak di­pilih oleh Sepanyol dalam Liga Negara-Negara, jadi dia boleh tampil lebih segar.

“Klopp juga akan kekal dengan (Mohamed) Salah dan Luis Diaz di barisan hadapan tetapi saya fikir dia perlu menurunkan Darwin Nunez. Mereka membayar harga yang besar untuknya dan perlu menyokongnya.

LUIS Diaz (kiri) dan Mohamad Salah.

“Biarpun Liverpool mempamer prestasi ti­dak menentu, saya tetap pilih mereka untuk memenangi perlawanan ini,” kata Merson.

Daripada sembilan aksi Reds musim ini, Nunez ha­nya dua kali mengisi kesebelasan utama.

Pemain berusia 23 tahun itu juga dikecam kerana tindakan terburu-buru yang menyebabkan dia dibuang padang ketika seri 1-1 dengan Crystal Palace, 16 Ogos lalu.

Hanya menang dua daripada enam perlawanan musim ini menyebabkan ­Li­verpool menduduki tangga kelapan liga.

Sementara itu, kapten Reds, Jordan Henderson menyeru rakan sepasukan meneruskan prestasi baik ketika me­numpaskan juara Belanda, Ajax 2-1 dalam perlawanan terakhir mereka pada Liga Juara-Juara, 14 September lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya