Kontinjen Sukma Johor terima insentif RM1.35 juta

Kontinjen Sukma Johor terima insentif RM1.35 juta

KONTINJEN Johor menutup kempen Sukma 2022 selaku juara keseluruhan. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Seramai 242 atlet serta 120 pegawai dan jurulatih kontinjen Johor bakal menikmati insentif RM1.35 juta atas kejayaan muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) bulan lalu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, insentif itu sebagai tanda penghargaan kepada kontinjen negeri yang berjaya meraih 77 pingat emas, 52 perak dan 43 gangsa.

Susulan kejayaan itu, kerajaan negeri turut memberikan insentif tambahan RM2,000 kepada pemenang pingat emas kategori individu, menjadikan jumlah insentif diterima mereka berjumlah RM5,000.

“Insentif bagi pingat perak individu pula sebanyak RM2,000 dan gangsa RM1,500.

“Selain pencapaian ini, lebih manis apabila dua atlet kita turut melakar sejarah dinobat Olahragawan dan Olahragawati terbaik Sukma… apa dilakar akan terus terpahat dan mengharumkan nama negeri Johor,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Kontinjen Negeri Johor Sukma ke-20 hari ini.

Katanya, atlet lelaki dan wanita terbaik Sukma 2022, Fakhrullah Mohd. Rumaize (kanu) Tan Rouxin (renang) masing-masing menerima RM5,000.

Fakrullah yang meraih sembilan pingat emas dengan dua rekod kebangsaan menerima insentif tertinggi keseluruhan RM44,500, Rouxin yang meraih enam emas, satu perak dan satu gangsa membawa pulang RM33,000.

Onn juga berharap kontinjen Johor akan meneruskan kecemerlangan dalam temasya akan datang selepas melakar sejarah muncul juara keseluruhan buat kali pertama sejak 36 Sukma dipertandingkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.