Kemenangan Liverpool 'tutup bunyi bising'

Kemenangan Liverpool ‘tutup bunyi bising’

LIVERPOOL tampil dengan formasi berbeza 4-2-3-1 ketika menentang Rangers dalam aksi Liga Juara-Juara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Kapten Liverpool, Jordan Henderson berkata, pasukannya perlu ‘menutup bunyi bising’, dan kemenangan 2-0 ke atas Rangers dalam Liga Juara-Juara  pagi tadi amat membantu mereka.

Reds hanya menang tiga daripada sembilan aksi pertama Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara, justeru kemenangan ke atas Rangers amat diperlukan.

Sepakan bebas Trent Alexander-Arnold seawal minit ketujuh meletakkan Liverpool di depan, malah tuan rumah yang turun dengan formasi menyerang 4-2-3-1 mencipta banyak peluang untuk menambah gol.

Kecekapan penjaga gol berusia 40 tahun, Allan McGregor menafikan hasrat Reds untuk meledak empat atau lima gol lagi.

Hanya lapan minit selepas babak kedua bersambung, Mohamed Salah menyempurnakan sepakan penalti untuk menggandakan kedudukan Liverpool.

Reds kini naik ke tangga kedua Kumpulan A dengan enam mata, tiga mata di belakang Napoli yang membelasah Ajax 6-1 di Amsterdam.

“Keadaan sangat sukar, dan kami cuba untuk tidak melihat media sosial sepanjang tempoh yang getir ini.

“Anda perlu menutup bunyi bising untuk fokus kepada apa yang cuba dicapai sebagai sebuah pasukan.

“Ia bukan mudah dan jika kalah, kelukaan pemain pasti bertambah teruk. Kami sentiasa mencari jalan untuk mencari kemenangan,” kata Henderson.

Pengendali Reds, Jurgen Klopp menggunakan formasi yang jarang digunakan dengan meletakkan Darwin Nunez sebagai penyerang hadapan sambil dibantu trio Mohamed Salah, Diogo Jota serta Luis Diaz.

Nunez mencipta banyak peluang yang gagal diterjemahkan menjadi jaringan.

“Inilah yang kami perlukan. Pasukan menampilkan persembahan hebat dan kadangkala anda perlu menukar beberapa perkara,” kata Klopp.

Klopp juga membuat lima pertukaran menuju ke penghujung permainan dengan mengeluarkan Henderson, Jota, Alexander-Arnold, Nunez dan Thiago Alcantara sebagai persiapan untuk berdepa pendahulu Liga Perdana, Arsenal, Ahad ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya