Kelab tercorot malukan Liverpool

Kelab tercorot malukan Liverpool

PEMAIN Liverpool, Fabinho (kiri), Alex Oxlade-Chamberlain (tengah) dan Jordan Henderson kecewa selepas dimalukan 1-0 oleh Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris di The City Ground, Nottingham. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NOTTINGHAM, England: Nottingham Forest melakar kejutan terbesar dalam Liga Perdana Inggeris apabila memalukan Liverpool 1-0 di laman sendiri, sebentar tadi.

Turun ke Stadium City Ground sebagai pasukan tercorot liga, kemenangan kedua musim ini mengeluarkan Forest dari dasar liga.

Reds yang berdepan krisis kecederaan penyerang dan terpaksa menggunakan formasi 4-4-2 buat kali pertama kini masih gagal mencatat kemenangan di tempat lawan.

Ketiadaan Darwin Nunez yang diketepikan saat akhir akibat kecederaan menyaksikan Mohamed Salah dan Roberto Firmino mengetuai serangan Liverpool.

Penyerang Nigeria, Taiwo Awoniyi yang menghabiskan enam tahun di Liverpool tanpa beraksi dalam sebarang perlawanan kompetitif kerana masalah visa menjadi ‘duri dalam daging’ buat bekas pasukannya apabila meledak gol tunggal kemenangan pada minit ke-55 menerusi tendangan jarak dekat.

 

Biarpun menguasai 74 peratus permainan, namun Reds bergelut untuk membolosi gawang lawan, malah penjaga gol tuan rumah, Dean Henderson juga sering mengecewsakan anak-anak buah Jurgen Klopp.

Bintang tengah Forest, Ryan Yates hampir menambah jaringan tuan rumah tetapi dinafikan oleh penjaga gol Reds, Alisson.

“Inilah yang kami perlukan. Kami telah mempamer persembahan baik dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan kami benar-benar berhak menang hari ini.

“Sebelum perlawanan pengurus memberitahu, kami perlu mendapatkan keyakinan penonton dari minit pertama, dan kami melakukannya,” kata Yates yang diumum sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.

Fokus Liverpool kini beralih kepada saingan Liga Juara-Juara menentang Ajax, Rabu ini sebelum menerima kunjungan Leeds pada Sabtu, manakala Forest bertandang ke Arsenal, Ahad depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya