Kejohanan golf raikan bekas pemain DBKL dan Kuala Lumpur

Kejohanan golf raikan bekas pemain DBKL dan Kuala Lumpur

PARA bekas-bekas pemain bola sepak DBKL dan Kuala Lumpur diraikan dalam kejohanan golf di Kelab Golf Tasik Puteri Resort semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 28 pemain golf amatur beraksi di Kelab Golf Tasik Puteri Resort (TPGCR) semalam bagi meraikan bekas-bekas pemain bola sepak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kuala Lumpur.

Kejohanan golf anjuran Persatuan Bekas Pemain DBKL dan Kuala Lumpur itu juga dianjurkan bagi mengenang jasa bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat merangkap penasihata persatuan, Datuk Mohd. Rashid Hasnon.

Menurut Mohd. Hasnon, pasukan DBKL dan Kuala Lumpur mempunyai ramai bekas pemain yang telah mengharumkan nama negeri dan skuad kebangsaan ketika era kepimpinan Presidennya, Allahyarham Tan Sri Elyas Omar.

“Jasa-jasa mereka ini tiudak harus dilupakan begitu sahaja. Tujuan utama persatuan ini ditubuhkan untuk mengeratkan silaturahim sesama bekas pemain disamping untuk membuktikan keprihatinan dalam menjaga kebajikan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Pemain DBKL dan Kuala Lumpur, Mat Zan Mat Aris dalam kenyataan sama berkata, pelbagai bantuan telah disalurkan oleh persatuan ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

Antara pemain yang turut serta memeriahkan kejohanan golf berkenaan ialah Reduan Abdullah, Kamarulzaman Yusof, Hashim Mat Isa dan Mohd. Nor Dahari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya