Izzat ceriakan kem negara

Izzat ceriakan kem negara

Pelumba pasukan kebangsaan, Izzat Hilmi Abdul Halil (dua dari kiri) menceriakan kem negara apabila berjaya dinobatkan sebagai pelumba terbaik Asia bagi peringkat keenam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pelumba pasukan kebangsaan, Izzat Hilmi Abdul Halil menceriakan kem negara apabila berjaya dinobatkan sebagai pelumba terbaik Asia bagi peringkat keenam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 semalam.

Izzat menghabiskan saingan di tempat ke-11 keseluruhan, sekaligus menjadi pelumba tempatan pertama melintasi garisan penamat di Dataran Alor Setar, Kedah.
Ia mengulangi pencapaiannya ketika peringkat kedua tempohari dari Kuala Klawang, Negeri Sembilan ke Raub, Pahang apabila turut menghabiskan perlumbaan di kedudukan ke-11

“Syukur kami semua selamat dan tidak menghadapi sebarang kecelakaan untuk perlumbaan kali ini, saya sebenarnya mensasarkan untuk menghabiskan perlumbaan hari ini (semalam) di kelompok lima terbaik, namun tidak kesampaian, apapun saya tetap bersyukur apabila dinobatkan sebagai pelumba terbaik Asia untuk peringkat ini.

“Untuk baki dua perlumbaan seterusnya, sasaran kami masih kekal sama, iaitu mencuba me­ngutip sebanyak mungkin mata di beberapa zon pecutan dan dakian, tetapi yang paling utama kami semua selamat hingga ke garisan penamat dan tidak terlibat dengan sebarang kecelakaan,” jelas Izzat.

Dengan kejayaan ini, ia menaikkan semangat pasukan Malaysia mengidamkan bagi memperbaiki kedudukan mereka dalam ka­tegori pasukan terbaik Asia.
Malaysia kini di tangga keenam dan hanya dibezakan 0.02 saat dengan pasukan Thailand yang berada di tangga kelima.

“Walaupun kami hanya lima pelumba, tetapi mereka berjaya mengikut arahan dan strategi yang dirancang, dan kalau boleh kita akan mencuba lagi untuk merapatkan jurang masa de­ngan pasukan Thailand.

“Atas kertas, jarak kita untuk kedudukan keseluruhan sudah terlalu jauh dengan pasukan atasan, tetapi kami masih berpeluang untuk memperbaiki kedudukan kami dalam kategori Asia, jadi itu menjadi sasaran kami ketika ini,” jelas jurulatih pasukan, Mohd Yusof Nasir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya