LONDON: Sepakan bebas menakjubkan yang disempurnakan Kevin de Bruyne membantu Manchester City menumpaskan Leicester 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.
Jaringan De Bruyne pada minit ke-49 itu juga membolehkan skuad The Citizens merampas takhta liga daripada Arsenal yang tidak turun beraksi hari ini.
Selepas mengharungi 12 perlawanan, City mengungguli liga dengan 29 mata, satu mata di depan Gunners.
Curl it like Kevin! 💫
🦊 0-1 🐝 #ManCity pic.twitter.com/JmWdbrh1Ma
— Manchester City (@ManCity) October 29, 2022
Arsenal bagaimanapun mampu merampas carta jika menumpaskan Nottingham Forest esok.
City turun di Stadium King Power tanpa bintang penyerang, Erling Haaland yang mengalami kecederaan dan isu kesihatan selepas aksi Liga Juara-Juara, Rabu lalu. – AGENSI