City perlu sempurna untuk kalahkan United

City perlu sempurna untuk kalahkan United

PEP Guardiola merehatkan Erling Haaland untuk memastikan City bertenaga bagi menghadapi Liverpool, Ahad ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola berkata, pasukannya perlu menampilkan permainan ‘sempurna’ jika mahu memenangi pertarungan sebandar menentang Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris hari ini.

United tewas dua daripada lapan kunjungan terakhir ke ­Etihad, namun Guardiola berkata, dia berhati-hati dengan ancaman yang bakal diberikan anak-anak buah Erik ten Hag.

“Kami perlu mempamer permainan yang sempurna, United akan menghukum anda dalam ruang kecil.

“Kami tidak boleh malas. Apa yang anda perlu lakukan adalah luahkan emosi di atas padang.

PEMAIN Manchester City menjalani latihan akhir semalam dalam persiapan menghadapi Manchester United hari ini. – IHSAN MANCHESTER CITY

Bertenang dan ambil keputusan yang betul. Apabila anda cemas sukar untuk membuat keputusan tepat.

“Saya sentiasa menjangkakan yang terbaik daripada lawan kami. Kualiti yang mereka miliki tidak diragui,” kata Guardiola.

City memulakan kempen de­ngan lima kemenangan dan dua seri daripada tujuh perlawanan pertama mereka, tetapi Guardiola berkata, suasana ‘derbi’ sepatutnya menaikkan pemainnya ke tahap yang lebih tinggi menentang United.

Skuad The Citizens pertahanan tengah, John Stones yang mengalami kecederaan hamstring ketika bermain untuk England dalam Liga Negara-Negara, malah turut kehilangan Kalvin Phillips yang menjalani pembedahan bahu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.