MANCHESTER: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola berkata, pasukannya perlu menampilkan permainan ‘sempurna’ jika mahu memenangi pertarungan sebandar menentang Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris hari ini.
United tewas dua daripada lapan kunjungan terakhir ke Etihad, namun Guardiola berkata, dia berhati-hati dengan ancaman yang bakal diberikan anak-anak buah Erik ten Hag.
“Kami perlu mempamer permainan yang sempurna, United akan menghukum anda dalam ruang kecil.
“Kami tidak boleh malas. Apa yang anda perlu lakukan adalah luahkan emosi di atas padang.

Bertenang dan ambil keputusan yang betul. Apabila anda cemas sukar untuk membuat keputusan tepat.
“Saya sentiasa menjangkakan yang terbaik daripada lawan kami. Kualiti yang mereka miliki tidak diragui,” kata Guardiola.
City memulakan kempen dengan lima kemenangan dan dua seri daripada tujuh perlawanan pertama mereka, tetapi Guardiola berkata, suasana ‘derbi’ sepatutnya menaikkan pemainnya ke tahap yang lebih tinggi menentang United.
Skuad The Citizens pertahanan tengah, John Stones yang mengalami kecederaan hamstring ketika bermain untuk England dalam Liga Negara-Negara, malah turut kehilangan Kalvin Phillips yang menjalani pembedahan bahu. – AGENSI