BARCELONA: Barcelona sudahpun tersingkir dari Liga Juara-Juara sebelum memulakan aksi menentang Bayern Munich selepas Inter Milan membelasah Viktoria Plzen 4-0 dalam perlawanan yang bermula dua jam lebih awal.
Barca mengharapkan Inter tewas di San Siro untuk menghidupkan peluang ke peringkat kalah mati, malangnya kemenangan gergasi Itali itu menutup sama sekali pintu harapan mereka.
Bermain tanpa motivasi di Camp Nou, anak-anak buah Xavi kemudian longlai dibelasah Bayern 0-3.
Ini musim kedua berturut-turut, gergasi bola sepak Sepanyol itu tersingkir di peringkat kumpulan dalam saingan kelab elit Eropah.
Bermakna, cabaran mereka kini hanya akan diteruskan dalam kempen Liga Europa selepas menduduki tangga ketiga Kumpulan C
Jaringan Sadio Mane, Maxim Eric Choupo-Moting dan Benjamin Pavard memastikan Bayern pulang bersama tiga mata di Barcelona.
๐ช๐ถ๐๐ต ๐๐ฎ๐ฟ๐ฐฬง๐ฎ. ๐ก๐ผ๐ ๐ฎ๐ป๐ฑ ๐ณ๐ผ๐ฟ๐ฒ๐๐ฒ๐ฟ. pic.twitter.com/dL4uxjvs8N
— FC Barcelona (@FCBarcelona) October 26, 2022
Takdir Barca sudah ditentukan sebelum perlawanan bermula selepas dua gol Edin Dzeko serta jaringan Henrikh Mkhitaryan dan Romelu Lukaku memastikan kemenangan selesa Inter.
Sementara itu, Xavi mengakui, keputusan perlawanan Inter menjejaskan mood dan prestasi keseluruhan pasukannya.
โHari ini kami tidak melawan, kami tidak mencapai tahap mereka (Bayern). Lawan sangat bagus, lebih baik, lebih sengit.
โSaya pasti penyingkiran sebelum perlawanan menjejaskan psikologi kami. Itu sudah tentu.
“Kami diundi dalam kumpulan yang sangat sukar. Ia sangat kejam, tetapi hari ini kami tidak melawan. Pada hari-hari lain kami melakukannya, tetapi tidak hari ini.
“Saya faham bahawa dari luar orang bercakap tentang kegagalan tetapi dari dalam kita mempunyai analisis yang berbeza,” kata Xavi. – AGENSI