Barca rugi RM99 juta angkara tersingkir awal

Barca rugi RM99 juta angkara tersingkir awal

REAKSI pemain Barcelona selepas tamat perlawanan menentang Bayern Munich di Camp Nou semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Barcelona menanggung kerugian 18 juta pound (RM99 juta) selepas tersingkir awal dari Liga Juara-Juara buat musim kedua berturut-turut.

Gergasi bola sepak Sepanyol itu sudahpun tersingkir sebelum memulakan perlawanan menentang Bayern Munich di Camp Nou semalam selepas Inter Milan membelasah Viktor Plzen 4-0.

Barca mengharapkan Inter tewas di San Siro untuk menghidupkan peluang ke peringkat kalah mati, malangnya kemenangan gergasi Itali itu menutup harapan mereka.

Bermain tanpa motivasi, anak-anak buah Xavi kemudian longlai dibelasah Bayern 0-3.

Bayern yang memenangi semua perlawanan mara selaku juara Kumpulan C, diikuti Inter dengan 10 mata.

 

PENYERANG Barcelona, Robert Lewandowski memeluk penyerang Bayern Munich, Sadio Mane. – AFP

TAHU SUDAH TERSINGKIR, BARCA MAIN TANPA ‘JIWA’

“Kami tidak memberi cabaran hari ini (semalam), kami tidak mencapai tahap sebenar. Lawan kami amat bagus, hebat dan lebih berintensiti.

“Saya pasti penyingkiran kami sebelum perlawanan bermula ­telah memberikan kesan terhadap psikologi pemain.

“Kami diundi dalam kumpulan sukar. Memang kejam tetapi kami langsung tidak memberi aksi sepatutnya. Hari lain ya, tetapi tidak hari ini,” kata Xavi.

SADIO Mane (jersi putih) meledak gol pembukaan Bayern Munich di Camp Nou.

Kekalahan itu menyaksikan Barcelona kini dihimpit masalah lebih besar apabila berdepan hutang tambahan 18 juta pound pada ketika mereka sudah pun menanggung beban sekitar 1 ­bilion pound (RM5.47 bilion).

Bajet asal Barcelona musim ini dibuat dengan mengandaikan mereka akan layak ke suku akhir Liga Juara-Juara.

Dalam aksi di Camp Nou, ­jaringan Sadio Mane, Maxim Eric Choupo-Moting dan Benjamin ­Pavard memastikan Bayern ­pulang bersama tiga mata.

Ia juga detik mengecewakan buat penyerang Barca, Robert Lewandowski yang belum membuktikan kepada bekas pasukannya Bayern bahawa perpindahan ke Sepanyol keputusan tepat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN