Tugas kapten bukan bebanan - Cools

Tugas kapten bukan bebanan – Cools

Cools antara tonggak utama skuad Harimau Malaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain berdarah kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools tidak menganggap tugas kapten Harimau Malaya memberi sebarang beban sebaliknya ia dorongan tambahan untuknya memberikan aksi terbaik.

Cools yang merupakan tonggak pertahanan naturalisasi negara teruja apabila diberitahu menjadi salah seorang kapten pasukan dan mungkin jurulatih melihat pengalaman yang ada pada saya dapat membantu pasukan di atas padang.

“Selain itu, saya anggap ia adalah perkara normal kerana di Eropah, ramai (kapten) beraksi di posisi pertahanan dan ia tidak memberikan sebarang beban atau tekanan buat saya.

“Hubungan saya dengan rakan sepasukan juga cukup baik dan jika tidak memakai lilitan kapten pun saya pasti akan memberikan seratus peratus di atas padang nanti,” tegasnya.

Pengendali skuad negara, Kim Pan-gon telah menamakan Cools sebagai salah seorang daripada ‘pemimpin’ pasukan bersama Safawi Rashid dan Syafiq Ahmad pada kejohanan Piala Raja Thailand yang bermula hari ini.

Pemain berkenaan yang turut dikaitkan bakal menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) musim depan kini beraksi bersama kelab Liga Republik Czech, FK Jablonec dijangka berada dalam kesebelasan utama Harimau Malaya pada aksi pembukaan kejohanan empat penjuru menentang Thailand di Chiang Mai malam ini.

Cools menjadi salah seorang watak penting untuk memastikan pasukan layak ke pentas Piala Asia 2023 selepas tampil cemerlang pada aksi kelayakan, Jun lepas.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya