Terlalu mudah Chelsea ‘dibuli' - Tuchel

Terlalu mudah Chelsea ‘dibuli’ – Tuchel

PEMAIN Chelsea melangkah lemah meninggalkan padang selepas tumpas 2-1 kepada Southampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium St. Mary’s, Southampton, England semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOUTHAMPTON, England: Pengurus Chelsea, Thomas Tu­chel mengkritik pasukannya se­lepas kalah 2-1 kepada Southampton semalam.

Blues mengalami kekalahan kedua dalam Liga Perdana Inggeris musim ini, meninggalkan mereka di belakang Southampton dalam carta dan belum meraih sebarang mata di tempat sendiri.

“Lawan tidak perlu ba­nyak berusaha untuk mengalahkan kami. Ini yang saya tidak suka,” katanya kepada BT Sport.

Kata Tuchel, kesilapan individu dan terlalu banyak hilang fokus menyebabkan pasukannya dihukum lagi.

“Kami tidak cukup baik untuk memenangi perlawanan di tempat lawan…sangat mudah hilang kawalan, terlalu mudah dibuli lawan.

“Kami sangat mudah dikalahkan, hilang keseimbangan dan cepat keliru.

“Situasi sama berlaku ketika menentang Leeds, jadi kami perlu memahami sebab dan mencari penyelesaian,” kata­nya.

THOMAS Tuchel memberi arahan kepada pemainnya.

Blues sebelum ini dimalukan 3-0 oleh Leeds pada 21 Ogos lalu.

Menurut Tuchel, pertahanan Chelsea terlalu ‘lembik’ dan menggesa pemain menguatkan pasukan serta menunjukkan mentaliti berbeza.

Dia kecewa dengan pertahanan yang mudah ditewaskan dalam situasi bola mati, sambil menegaskan Chelsea tidak kuat sebagai satu pasukan.

“Dalam bola sepak, anda boleh dikalahkan pada bila-bila masa, dan saya mengakui hakikat ini.

PENYERANG Southampton, Adam Armstrong (kiri) meledak gol kedua pasukannya ketika menentang Chelsea di Stadium St Mary’s, Southampton, England semalam. 

“Begitupun dalam perlawanan di mana anda mendahului, anda patut memberi sepenuh tumpuan.

“Kami tidak mendapat jawapan pada babak kedua, kami perlu meningkatkan permainan dan bermain ke tahap lebih ­tinggi,” katanya.

Jarang sekali Tuchel me­lepskan kemarahan dalam ­sidang akhbar, namun ia bukan kali pertama dia ‘naik angin’ musim inu.

Pengendali dari Jerman itu dilayangkan kad merah gara-gara bergaduh dengan pengurus Tottenham, Antonio Conte ketika kedua-dua pasukan seri 2-2 di Stamford Bridge, 14 Ogos lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN