Penamat duka buat Federer

Penamat duka buat Federer

ROGER Federer (kiri) dan Andy Murray menonton perlawanan antara Stefanos Tsitsipas menentang Frances Tiafoe dalam saingan Piala Laver di London semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Roger Federer tidak dapat menyembunyikan kekecewaan selepas melihat Frances Tiafoe bangkit meraih kemenangan dramatik ke atas Stefanos Tsitsipas untuk membantu Pasukan Dunia menjulang kejuaraan tenis Piala Laver buat kali pertama, menumpaskan Pasukan Eropah yang diketuai olehnya semalam.

Tiafoe bangkit daripada ke­tinggalan di set pertama untuk menang 1-6, 7-6 (13/11), 10-8 di O2 Arena, sekali gus memberikan kemenangan 13-8 buat Pasukan Dunia ketika kempen Piala Laver masih berbaki satu perlawanan.

Jaguh Amerika Syarikat (AS) itu sebelum ini turut mengecewakan Federer dalam saingan beregu apabila gandingannya bersama Jack Sock menumpaskan kombinasi Federer-Rafael Nadal 4-6, 7-6 (7/2), 11-9 pada penampilan terakhir legenda Switzerland itu sebagai pemain tenis profesional, Sabtu lalu.

PEMAIN Amerika Syarikat, Jack Sock menjulang Piala Laver selepas membantu Pasukan Dunia menumpaskan Pasukan Eropah di O2 Arena, London semalam. – AFP

“Ya, sudah tentu saya kecewa. Saya berada dalam pasukan, hampir kehilangan suara dan tangan saya sakit akibat bertepuk.

“Kami mengharapkan keputusan berbeza. Saya beritahu Andy Murray di bilik persalinan, saya tidak suka kalah. Ia tidak menyeronokkan.

“Ia hanya me­ninggalkan rasa tidak baik, anda tahu. Saya fikir sebaik sahaja berada di sana dan merasai kejayaan, ia tidak sama.

“Saya harap malam ini boleh menjadi malam yang menyeronokkan. Sudah tentu hujung minggu ini menjadi tempat untuk saya menikmati permainan tetapi malangnya kami tidak meraih kemenangan.

“Tahniah kepada Pasukan Dunia, kebangkitan semula yang menakjubkan.

“Saya tidak sabar menunggu kejohanan ini tahun depan dan akan memberi sokongan kepada kedua-dua pasukan,” kata pemilik 20 gelaran Grand Slam itu yang bersara pada usia 41 tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya