Mbappe, Giroud pastikan kemenangan Les Bleus

Mbappe, Giroud pastikan kemenangan Les Bleus

OLIVIER Giroud (tengah) meledak gol kedua Perancis ketika menentang Austria dalam saingan Liga Negara-Negara di Paris, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Jaringan cantik Kylian Mbappe dan gol Olivier Giroud menghidupkan peluang Perancis untuk kekal dalam divisyen utama Liga Negara-Negara Eropah selepas menumpaskan Austria 2-0 di laman sendiri, hari ini.

Mbappe melakukan rembatan cantik untuk meletakkan Perancis di depan pada minit ke-56 sebelum Giroud yang kembali disenaraikan dalam skuad Perancis, menambah jaringan sembilan minit kemudian.

Kemenangan itu berjaya mengelakkan Les Bleus daripada tersingkir dari divisyen utama dalam kejohanan yang dimenangi mereka tahun lalu.

Juara Piala Dunia itu, yang akan berkunjung ke Denmark Isnin ini, naik ke tangga ketiga Kumpulan 1 dengan mengumpul lima mata daripada lima perlawanan.

KYLIAN Mbappe mengawal bola ketika membantu Perancis menentang Austria di Stade de France, Paris hari ini. – AFP

Bagaimanapun, kemenangan itu terpaksa dibayar dengan harga tinggi apabila pertahanan, Jules Kounde dan penjaga gol, Mike Maignan mengalami kecederaan.

Mereka bakal menyertai Karim Benzema, Hugo Lloris dan Paul Pogba yang tidak dapat diturunkan.

“Kami melakukan apa yang sepatutnya dilakukan. Fokus pemain sangat baik, mereka banyak bertahan, terlalu banyak perkara positif. Ia adalah persembahan yang sangat baik,” kata Ketua Jurulatih Perancis, Didier Deshcamps.

PEMAIN Perancis meraikan kemenangan ke atas Austria dalam saingan Liga Negara-Negara.

Tuan rumah sebelum ini tumpas dua kali dan seri dua kali, namun mereka bangkit dengan melancarkan serangan bertali-arus di Stade de France.

Mbappe menumpaskan lima pertahanan untuk menyempurnakan hantaran cantik Giroud ketika meledak gol pertama.

Giroud menemui sasaran pada minit ke-65 selepas menerima hantaran lintang Antoine Griezmann untuk gol antarabangsa ke-49, kurang dua daripada rekod terbanyak yang dilakarkan Thierry Henry. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya