MASCA iktiraf 13 rekod kebangsaan kanu

MASCA iktiraf 13 rekod kebangsaan kanu

ATLET Johor menyapu 20 pingat emas dalam acara kanu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) mengesahkan semua 13 rekod kebangsaan yang dilakukan dalam Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 diiktiraf, sekali gus menjawab segala kekeliruan sebelum ini.

Presiden MASCA, Datuk Michael Wong berkata, keputusan sebut diambil selepas mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak, termasuk Persekutuan Kanu Asia yang bersetuju dengan rekod kebangsaan terbabit.

“Kami sudah berbincang dengan ketua deligasi teknikal dan pengarah pertandingan, selain itu kami turut mengadakan mesyuarat secara dalam talian dengan Persekutuan Kanu Asia semalam, di mana rekod ini diambil kira (turut dipakai) daripada Sukma lalu.

“Sehingga hari ini, kita sahkan ia diambil kira sebagai rekod kebangsaan dan bukannya catatan masa terbaik seperti mana diberitahu sebelum ini. Selama ini ada pertanyaan, adakah ia rekod atau catatan masa terbaik.

“Jadi, ada perbezaan di situ dan disebabkan itu juga, hari ini kita mengesahkan ia sebagai rekod kebangsaan,” kata Michael dalam sidang  akhbar pada hari penutup sukan kanu di Putrajaya hari ini.

Seramai 147 atlet daripada 11 negeri menyertai acara kayak yang berlangsung dari 18 September hingga hari ini selain turut mempertandingkan acara slalom YOG serta lumba perahu tradisional dengan jarak 1,000 meter (m), 500m dan 200m.

Daripada 33 acara dipertandingkan kali ini, 13 rekod kebangsaan dan 15 rekod Sukma (tidak diambil kira memandangkan temasya kali ini di bawah 23 tahun) berjaya diperbaharui.

Bagi kategori wanita, lapan rekod kebangsaan berjaya dipecahkan manakala kategori lelaki pula menyaksikan lima rekod kebangsaan dilakar.

Dalam pada itu, Michael turut menyatakan pihaknya mengemukakan dua atlet daripada sukan kanu iaitu Mohd. Fakhrullah (Johor) dan Syahida Asyiqin Rusli (Terengganu) dicalonkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Sukma edisi ke-20 ini.

“MASCA mencalonkan dua atlet untuk anugerah Olahragawan, Fakhrullah yang memecahkan rekod kebangsaan dan meraih tujuh emas. Untuk wanita adalah Syahida yang meraih empat emas dan empat rekod kebangsaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya