Manchester United tak pernah masuk senarai Haaland

Manchester United tak pernah masuk senarai Haaland

ERLING HAALAND
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Erling Haaland menolak sebarang perpindahan ke Manchester United kerana kelab itu tidak pernah berada dalam senarai untuk dipertimbangkan.

Haaland, 22, melengkapkan perpindahan bernilai 51.4 juta pound (RM265.97 juta) dari Borussia Dortmund ke Manchester City pada musim panas lalu selepas juara Liga Perdana Inggeris itu berada pada senarai teratas.

Bekas pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini pernah cuba membawa masuk penyerang sensasi Norway itu ke Old Trafford.

Bagaimanapun dalam dokumentari terbaharu pemain itu, bapa Haaland, Alfie mendedahkan bagaimana mereka mencipta sistem mata untuk meletakkan kedudukan kelab yang berpotensi ditandatangani.

Tujuh kelab berada dalam senarai tersebut, namun United bukan salah satu daripadanya biarpun memegang rekod sebagai juara Liga Perdana Inggeris 20 kali.

“Dalam senarai kami, City adalah pasukan terbaik.

“Bayern Munich No.2. Kami mempunyai Real Madrid sebagai No.3, Paris Saint-Germain No.4.

“Kami juga mempunyai beberapa pasukan England yang bagus selain City iaitu Liverpool dan Chelsea. Barcelona turut berada dalam senarai,” kata Alfie.

Akhbar The Sun, pada Disember lalu melaporkan, ejen Haaland, Mino Raiola pernah memberitahu United: “Anda tidak cukup besar untuk bintang saya.”

Raiola mendakwa hanya ada empat ‘kelab besar’ yang boleh disertai pemainnya, dan United tidak berada dalam senarai itu.

Dalam dokumentari itu, Haaland turut memuji bos City, Pep Guardiola sebagai ‘pengurus terbaik dunia’.

“Saya tidak pernah berpindah ke kelab kerana pengurus tetapi ia satu kelebihan besar bersama Guardiola di City, kerana dia adalah pengurus terbaik di dunia,” kata Haaland. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.