Manchester United sedia menghantui semua gergasi EPL

Manchester United sedia menghantui semua gergasi EPL

PEMAIN Manchester United meraikan kejayaan menumpaskan Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEICESTER: Erik ten Hag memuji prestasi Manchester United (MU) selepas pasukan itu melakar kemena­ngan ketiga berturut-turut dengan menumpaskan Leicester City 1-0 semalam.

Pengendali dari Belanda itu bagaimanapun menyeru Red Devils agar lebih garang jika mahu menjadi pesaing utama Liga Perdana Inggeris.

Jaringan Jadon Sancho pada minit ke-23 memadai untuk membantu United menang di Stadium King Power, sekali gus melonjak ke tangga kelima liga.

JADON Sancho meledak gol kemenangan United.

“Kami gembira dengan kemenangan ini, semangat tinggi ditampilkan semua 11 pemain. Mereka memberi tekanan kepada lawan dan saya rasa kami menjaringkan gol yang cantik.

“Kami amat berbahaya apabila melakukan transisi serangan. Buktinya pada babak kedua, kami membuat keputusan lebih tepat dan sepatutnya mendapat gol kedua,” kata Ten Hag.

Kemenangan itu menaikkan keyakinan United apabila me­nerima kunjungan pendahulu liga, Arsenal di Old Trafford, Ahad ini.

“Kami kena lebih garang, tiada belas kasihan selepas ini.

“Seperti yang sering saya katakan, ada ruang yang perlu dipertingkatkan dan kami akan terus bekerja keras,” katanya.

Selepas memulakan musim dengan langkah kiri apabila mencatat dua kekalahan berturut-turut, Ten Hag jelas ­membawa United ke landasan tepat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN