Malaysia sedia ‘perangkap’ Korea Selatan

Malaysia sedia ‘perangkap’ Korea Selatan

PEMAIN Malaysia sudah bersedia untuk memberikan tentangan kepada Korea Selatan dalam aksi terakhir Kumpulan E, kelayakan Piala Asia B-20 di Ulaanbaatar, Mongolia hari ini. – IHSAN FA MONGOLIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad bawah 19 (B-19) negara memiliki strategi untuk memerangkap Korea Selatan pada aksi penting Kumpulan E kelayakan Piala Asia B-20 2023 di Stadium MFF, Ulaanbaatar, hari ini.

Menganggap cabaran melakar kejutan ke atas lawan bukanlah misi mustahil, Ketua jurulatih negara, Hassan Sazali Waras optimis dengan kemam­puan pasukannya.

“Berdasarkan dua perlawanan Korea Selatan menentang Sri Lanka (6-0) dan Mongolia (7-0), kita dapat lihat terlalu banyak ruang diberikan kepada pemain Korea Selatan untuk mereka mengatur gerakan.

“Namun, saya ada taktikal yang sudah diatur dan dalam masa yang sama saya harap pemain kurang melakukan kesilapan dan memanfaatkan peluang sebaik mungkin,” katanya.

Tambah Hassan Sazali, moral barisan pemain semakin baik khususnya selepas melakar kemenangan dengan menewaskan Sri Lanka 3-0, Jumaat lalu.

PEMAIN Malaysia sudah bersedia untuk memberikan tentangan kepada Korea Selatan dalam aksi terakhir Kumpulan E, kelayakan Piala Asia B-20 di Ulaanbaatar, Mongolia hari ini. – IHSAN FA MONGOLIA

“Peluang untuk pasukan me­lakar kejutan ke atas Korea Selatan tetap ada meskipun di atas kertas, mereka jelas memiliki barisan pemain yang berkualiti.

“Jika ditanya mengenai sasaran, sudah tentulah saya mahu pasukan melakar kemenangan kerana hanya itu yang boleh mengesahkan kelayakan automatik ke pentas Piala Asia B-20 tahun depan.

“Andai seri, mungkin perlu melihat kedudukan kumpulan di peringkat kelayakan yang lain kerana hanya lima naib juara terbaik yang akan diberi slot pusingan akhir,” tegasnya.

Malaysia ketika ini mengumpul empat mata hasil kemena­ngan ke atas Sri Lanka dan seri berdepan Mongolia.

Skuad B-19 negara perlu sekurang-kurangnya mengutip mata andai ingin meraih peluang layak ke Uzbekistan tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya